Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

23 August 2013

Sahabat Fillah ~~


Assalamualaikum..

Kebelakangan ni banyak sangat konflik yang akhirnya menyedarkan Pujangga apa erti persahabatan dan siapa lawan yang perlu Pujangga jauhi dalam kehidupan seharian Pujangga..
Lawan bukan bermaksud individu tersebut orang jahat, tapi mereka adalah golongan yang perlu pujangga berjaga-jaga sebab mereka suka kan persaingan dan perlumbaan yang tak sihat.. 
Thanks pada sahabat Pujangga yang selalu ada di setiap tawa dan tangis, yang mengusap bahu pujangga saat Pujangga gundah.
Berharap sangat tawa hari ni akan sentiasa membekas di hati pada masa hadapan.. 
Tiba-tiba hati ni sebak sangat bila teringat yang tak lama lagi Pujangga dah nak abis belajar.. Thats mean kami akan mula berjauhan.. :( sedihnye..
Ya Allah, jadikan masa-masa yang tersisa ini masa yang sangat indah bagi kami semua.. :) amin









17 May 2013

New Blog!!


Assalamualaikum~~

SppJ dah ada satu blog untuk mempromosikan jualan perusahaan mak kesayangan SppJ..


nak tahu apa yang kami usahakan ??
meh usya kat sini ----------> SRS Food Family



Cepat jengah , cepaaat !!!!!!!!


Tata.. wasalam

10 March 2013

Temuramah Yang Huru-Hara !!


Assalamualaikum !!
ohh, lamenye dah SPPJ tak menulis kat sini. walaupun tak ramai yang view kan, tapi dapat luahkan apa yang SPPJ rase kat sini sangat lah menyenangkan. Lately, SPPJ kena selsema yang teruk plus aneh. kenapa aneh? sebab SPPJ cuma kena selsema time malam je. Memang lah menderita nak tidur dengan hidung sumbat mampat.. Annoying~~

Oh ye, SPPJ sebenarnya nak cerita pasal assignment yang sangat best  dari lecturer 'Pengenalan Personaliti', Cik Siti NazurulAina. Assignment ni simple je. Kami (by group) kena pilih seorang tokoh yang bekerjaya and adakan sesi temuramah. Untuk assignment ni sekali lagi SPPJ bekerjasama dengan group yang sama time buat tugasan Kokoro No Tomo Consultant tu (sayang diorang !!). 

Tokoh yang kami pilih ialah Tuan Haji Zamry Bin Gafar yang juga lecturer kat KUIM (kolej SPPJ). Sporting orangnya. Masa temuramah tu, semua buat muka yakin gila. Time SPPJ tengok balik rakaman, rasa nak gelak sebab muka masing-masing suci plus baik je. herm, padahal~~~



# SPPJ nak upload gambar mase hari tu tapi 'band berok' meragam plak~~ =..=' lain kali SPPJ upload dgn video skali k~~ :)

30 January 2013

Kehilangan Mu Berat Bagi Ku


Assalamualaikum!!

Hari ni Pujangga kehilangan kad matrik Pujangga. Tercicir. Rasa stres sangat. Penat cari berulang kali. Tetap je tak jumpa. Mungkin ada orang lain yang dah terjumpa dan tolong simpankan kot. Tapi yang best nya, masa Pujangga tertunduk-tunduk cari kad matrik tu, Pujangga ternampak name tag seseorang yang tercicir. Dengan perasaan ingin tahu yang kuat (bakal kaunselor tau) Pujangga pun ambil.. Ni la rupa name tag tu :

yes !! Name tag tu hak milik YDP MPM kolej Pujangga~~ weeeee~ And da pulangkan dah pun.. Yang lagi best nya, kad matrik Pujangga still tak di jumpai !!!! grrr~~



* yeah esok nak balik kampung!!!! :)

29 January 2013

Kokoro No Tomo Consultan (Teman Hati)


Assalamualaikum~~

weeee~~ Last week dapat tugasan kelas yang sangat best.. Setiap kumpulan kena rancang satu syarikat konsultan. Kat bawah ni la hasil kerja group Pujangga.. hehehe berangan-angan ada syarikat konsultan :)


1.      Nama Syarikat Konsultan :
-          Kokoro No Tomo Konsultan (Teman Hati)

2.      Misi :
-          Diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang mengintegrasikan latihan yang berkualiti, inovatif, kreatif dan berkesan untuk membangunkan potensi dan modal insan bagi mencapai kegemilangan dunia akhirat.

3.      Visi :
-          Menjadi sebuah syarikat konsultan yang unggul dan bertaraf dunia.

4.      Matlamat :
-          Mendidik dan membentuk klien ke arah matlamat-matlamat positif
-          Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan klien
-          Menjadi salah sebuah syarikat konsultan berwibawa yang dikenali dan aktif dalam bidang perkhidmatan kaunseling dan motivasi
-          Membantu merelisasikan pembangunan modal insan

5.      Lokasi/Tempat :
-          Bandar

7.      Carta Organisasi :
-          Pengarah                                       
: Nadhirah Binti Kursus@Othman
-          CEO Pemasaran                           
: Siti Nurul Huda Binti Md. Talib
-          CEO Kewangan dan Kebajikan   
: Ummu Hanisah Binti Abdul Ghani
-          CEO Perhubungan Luar               
: Nurul Lyana Farahani Binti Mohtar
-          CEO Perkhidmatan                       
: Nur Athirah Binti Jamaluddin

8.      Peranan Setiap Jawatan dalam Carta Organisasi :
-          Pengarah :
Ø  Ketua kepada semua CEO
Ø  Menjaga bahagian pentadbiran
Ø  Ketua semua bidang kaunselor
-          CEO Pemasaran :
Ø  Mengurus bahagian pengiklanan
Ø  Mengetuai bahagian kempen dalaman
Ø  Ketua kaunselor bahagian bimbingan kelompok dan maklumat kerjaya serta program pendidikan kerjaya
-          CEO Kewangan dan Kebajikan :
Ø  Mengurus bahagian kewangan
Ø  Menjaga kebajikan klien
Ø  Ketua kaunselor bahagian kaunseling dan penyimpanan rekod serta penyeliaan
-          CEO Perhubungan Luar :
Ø  Menjadi perantara dengan syarikat konsultan luar negara
Ø  Mengetuai perkhidmatan kaunseling untuk bukan warganegara
Ø  Ketua kaunselor bahagian perundingan serta pentadbiran dan penyelidikan
-          CEO Perkhidmatan :
Ø  Mengetuai bahagian sumber manusia
Ø  Mengetuai kursus dan seminar untuk pekerja dalaman
Ø  Ketua kaunselor bahagian etika serta khidmat penilaian dan pengukuran

9.      Sasaran Pemasaran :
-          Semua golongan masyarakat



10.  Nilai dan Budaya :
-          Pelanggan :
Ø  Perkhidmatan kaunseling jarak jauh (sekali sesi sahaja untuk kes yang tidak berat)
Ø  Gerakan dari sekolah ke sekolah atau institusi-institusi pengajian
Ø  Percuma untuk sesi pertama (bergantung pada situasi)
Ø  Setiap ketua kaunselor boleh bertutur beberapa bahasa asing untuk perkhidmatan kaunseling luar (untuk klien bukan warganegara)
-          Subordinat :
Ø  Menitikberatkan aspek profesionalisme dalam melatih, membangun dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai kaunseling kami bagi merealisasikan visi syarikat.
Ø  Bagi penghargaan kepada pegawai yang cemerlang.



>> Hehe Ada yang agak merapu kan?? Kami budak baru belajar~~ :)

20 January 2013

Senandung Cinta Ku~~ (ReWrite)








Wahai Tuhanku yang maha agung,
Terima kasih atas kurniaan rasa cinta yang indah kepada ku,
Terima kasih kerana masih menciptakan ruang dan peluang untuk ku meniti hari-hari ku,
Terima kasih kerana mewujudkan mereka yang sangat hebat di sekeliling ku,
Terima kasih kerana telah menghantar seseorang yang telah menyedarkan aku tentang hebatnya cintaMu,
Ya Allah,
Aku telah jatuh cinta padanya,
Aku telah tanpa sedar mendambakan kasih sayangnya,
Aku telah menikmati hari-hari ku dengan kehadirannya,
Ampuni aku ya Allah,
Jika cinta ini membuat aku lalai kepada Mu,
Cabut lah rasa yang indah ini dari hati ku,
Lalu lontarkanlah jauh dari hidupku,
Ya Rabb,
Jika cinta ku padanya ini tidak tertulis di dalam lipatan takdir ku umtuk berkekalan,
Terbitkanlah di hati kami untuk berhenti mencintai,
Ya Rahim,
Jika cinta ini telah tertulis akan berakhir dengan berdirinya masjid cinta,
Maka pelihara lah kami dari maksiat,
Pelihara lah hati kami dari kelalaian kepada Mu~~

Amir jahari - Penghibur jalanan (Lirik)



Sepi terkurung, dalam renungan manusia
yang tak mengerti, erti kehidupan
Terkejar2 kesana kesini, mencari
Jalan keluar dari kelompok manusia ini

Melihat kekuranganku
melihat kedegilanku
bukan ku pinta
simpati darimu

Kuhanya penghibur jalanan
Bukan pengemis yang kau fikirkan
Ku ingin mengejar impian
seperti kalian




My feveret song again !! <---- click sini for the clip~~ :)

Bedroom Sunctuary (Bo Amir Iqram) : Lirik LAGU


Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu

Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

hoha !!!! This is my feveret song now!!  <----- click here for the clip~~ :)

17 January 2013

Gila Edit !!


ASSALAMUALAIKUM ! !

Orait cuba tenung gambar kat bawah ni jap.. Pastu sila nyatakan jawapan anda berdasarkan skala yang diberikan~~ (macam buat inventori plak)



Pilihan Jawapan :

A : Adik kandung Pujangga
B : Artis yang baru melonjat naik nama nya
C : Model telefon bimbit
D : Sang Pujangga Perusak Jiwa a.k.a Cik U'ul




ok. just for fun ~~ ^^, 


Kaji Selidik : The Sexual Attitude Scale (Hudson & Gerald J.Murphy)



ASSALAMUALAIKUM !!!

Jom jawab jap kaji selidik kat bawah ni berkaitan pandangan kita terhadap seks sebelum nikah.. Kaji selidik ni jugak untuk nilai sama ada kita ni berfikiran liberal atau konservatif.. Dan memang sengaja diadakan soalan yang berbentuk negatif, so jangan manipulasi jadi kontroversi.. Kaji selidik ni banyak digunakan oleh kaunselor untuk mengkaji tingkah laku seseorang.. Bukan tajuk ni je, banyak and pelbagai.. Tapi Pujangga post yang ni sebab tajuk ni lah yang dipilih untuk assignment subjek Statistik sem ni.. Agak dasyat soalan yang ade dalam kaji selidik ni (hehe), tapi sila lapangkan dada lau nak jawab ea~~ P/s : kikis dulu kekuningan di kepala anda~~ :)


Sila jawab semua soalan di bawah dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan. Jika anda tidak bersetuju, tandakan  / pada ruang jawapan STS dan begitu juga sebaliknya.
1.      Sangat Tak Setuju (STS)
2.      Tak Setuju (TS)
3.      Tak Pasti (TP)
4.      Setuju (S)
5.      Sangat Setuju (SS)

Bil.
ITEM
STS
TS
TP
S
SS
1.
Pada pandangan saya, golongan dewasa diberi kebebasan seksual yang terlalu banyak.





2.
Pada pendapat saya, peningkatan kebebasan seksual sejak beberapa tahun kebelakangan telah menjejaskan struktur kekeluargaan Malaysia.





3.
Pada pendapat saya, golongan muda telah di beri terlalu banyak maklumat tentang seks.





4.
Pendidikan seks patut dihalang di dalam sesebuah keluarga.





5.
Golongan tua tak perlukan seks.





6.
Pendidikan seks hanya bagi golongan yang bersedia untuk berkahwin.





7.
Seks sebelum kahwin merupakan petanda keruntuhan sistem sosial.





8.
Seks dengan orang lain daripada pasangan sendiri (seks luar nikah) tidak boleh diterima.





9.
Pada pendapat saya, remaja kini telah diberi terlalu banyak kebebasan seksual.





10.
Pada pendapat saya, masih kurang kekangan seksual dikalangan remaja.





11.
Manusia terlalu banyak terlibat dalam seks.





12.
Pada saya, hubungan kelamin merupakan cara yang paling diterima dan betul untuk dapatkan seks.





13.
Pada saya, seks patut ditangguhkan sehingga selepas kahwin.





14.
Seks hanya untuk orang muda.





15.
Homoseksual telah semakin diterima di dalam masyarakat.





16.
Seks hanya untuk meneruskan generasi manusia (pembiakan).





17.
Seseorang individu tak patut melancap/beronani.





18.
Belaian seksual tak patut dilakukan.





19.
Individu tak patut berbual tentang kehidupan seksualnya dengan orang lain.





20.
Indidvidu yang cacat tak seharusnya buat hubungan seks.





21.
Tak sepatutnya wujud undang-undang yang menegah sebarang seks antara individu.





22.
Apa yang dilakukan oleh 2 orang individu secara seksual adalah hal peribadi mereka.





23.
Terlalu banyak unsur seks dalam program televisyen.





24.
Wayang gambar kini banyak paparkan unsur seks dengan nyata.





25.
Bahan-bahan lucah patut diharamkan daripada dijual di dalam kedai buku.





26.
Hubungan seks selepas kahwin dapat diterima oleh masyarakat Malaysia.





27.
Perempuan sepatutnya mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum kahwin.





28.
Hubungan seks sebelum kahwin di antara yang dewasa, wajar diterima oleh masyarakat.





29.
Semua gadis mesti dara sebelum berkahwin.





30.
Sepatutnya lelaki harus mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin.







nak tau cara kira?? hehehe
next post ok~~ ;)