Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

29 January 2013

Kokoro No Tomo Consultan (Teman Hati)


Assalamualaikum~~

weeee~~ Last week dapat tugasan kelas yang sangat best.. Setiap kumpulan kena rancang satu syarikat konsultan. Kat bawah ni la hasil kerja group Pujangga.. hehehe berangan-angan ada syarikat konsultan :)


1.      Nama Syarikat Konsultan :
-          Kokoro No Tomo Konsultan (Teman Hati)

2.      Misi :
-          Diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang mengintegrasikan latihan yang berkualiti, inovatif, kreatif dan berkesan untuk membangunkan potensi dan modal insan bagi mencapai kegemilangan dunia akhirat.

3.      Visi :
-          Menjadi sebuah syarikat konsultan yang unggul dan bertaraf dunia.

4.      Matlamat :
-          Mendidik dan membentuk klien ke arah matlamat-matlamat positif
-          Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan klien
-          Menjadi salah sebuah syarikat konsultan berwibawa yang dikenali dan aktif dalam bidang perkhidmatan kaunseling dan motivasi
-          Membantu merelisasikan pembangunan modal insan

5.      Lokasi/Tempat :
-          Bandar

7.      Carta Organisasi :
-          Pengarah                                       
: Nadhirah Binti Kursus@Othman
-          CEO Pemasaran                           
: Siti Nurul Huda Binti Md. Talib
-          CEO Kewangan dan Kebajikan   
: Ummu Hanisah Binti Abdul Ghani
-          CEO Perhubungan Luar               
: Nurul Lyana Farahani Binti Mohtar
-          CEO Perkhidmatan                       
: Nur Athirah Binti Jamaluddin

8.      Peranan Setiap Jawatan dalam Carta Organisasi :
-          Pengarah :
Ø  Ketua kepada semua CEO
Ø  Menjaga bahagian pentadbiran
Ø  Ketua semua bidang kaunselor
-          CEO Pemasaran :
Ø  Mengurus bahagian pengiklanan
Ø  Mengetuai bahagian kempen dalaman
Ø  Ketua kaunselor bahagian bimbingan kelompok dan maklumat kerjaya serta program pendidikan kerjaya
-          CEO Kewangan dan Kebajikan :
Ø  Mengurus bahagian kewangan
Ø  Menjaga kebajikan klien
Ø  Ketua kaunselor bahagian kaunseling dan penyimpanan rekod serta penyeliaan
-          CEO Perhubungan Luar :
Ø  Menjadi perantara dengan syarikat konsultan luar negara
Ø  Mengetuai perkhidmatan kaunseling untuk bukan warganegara
Ø  Ketua kaunselor bahagian perundingan serta pentadbiran dan penyelidikan
-          CEO Perkhidmatan :
Ø  Mengetuai bahagian sumber manusia
Ø  Mengetuai kursus dan seminar untuk pekerja dalaman
Ø  Ketua kaunselor bahagian etika serta khidmat penilaian dan pengukuran

9.      Sasaran Pemasaran :
-          Semua golongan masyarakat



10.  Nilai dan Budaya :
-          Pelanggan :
Ø  Perkhidmatan kaunseling jarak jauh (sekali sesi sahaja untuk kes yang tidak berat)
Ø  Gerakan dari sekolah ke sekolah atau institusi-institusi pengajian
Ø  Percuma untuk sesi pertama (bergantung pada situasi)
Ø  Setiap ketua kaunselor boleh bertutur beberapa bahasa asing untuk perkhidmatan kaunseling luar (untuk klien bukan warganegara)
-          Subordinat :
Ø  Menitikberatkan aspek profesionalisme dalam melatih, membangun dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai kaunseling kami bagi merealisasikan visi syarikat.
Ø  Bagi penghargaan kepada pegawai yang cemerlang.



>> Hehe Ada yang agak merapu kan?? Kami budak baru belajar~~ :)

No comments:

Post a Comment