Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

17 January 2013

Kaji Selidik : The Sexual Attitude Scale (Hudson & Gerald J.Murphy)



ASSALAMUALAIKUM !!!

Jom jawab jap kaji selidik kat bawah ni berkaitan pandangan kita terhadap seks sebelum nikah.. Kaji selidik ni jugak untuk nilai sama ada kita ni berfikiran liberal atau konservatif.. Dan memang sengaja diadakan soalan yang berbentuk negatif, so jangan manipulasi jadi kontroversi.. Kaji selidik ni banyak digunakan oleh kaunselor untuk mengkaji tingkah laku seseorang.. Bukan tajuk ni je, banyak and pelbagai.. Tapi Pujangga post yang ni sebab tajuk ni lah yang dipilih untuk assignment subjek Statistik sem ni.. Agak dasyat soalan yang ade dalam kaji selidik ni (hehe), tapi sila lapangkan dada lau nak jawab ea~~ P/s : kikis dulu kekuningan di kepala anda~~ :)


Sila jawab semua soalan di bawah dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan. Jika anda tidak bersetuju, tandakan  / pada ruang jawapan STS dan begitu juga sebaliknya.
1.      Sangat Tak Setuju (STS)
2.      Tak Setuju (TS)
3.      Tak Pasti (TP)
4.      Setuju (S)
5.      Sangat Setuju (SS)

Bil.
ITEM
STS
TS
TP
S
SS
1.
Pada pandangan saya, golongan dewasa diberi kebebasan seksual yang terlalu banyak.





2.
Pada pendapat saya, peningkatan kebebasan seksual sejak beberapa tahun kebelakangan telah menjejaskan struktur kekeluargaan Malaysia.





3.
Pada pendapat saya, golongan muda telah di beri terlalu banyak maklumat tentang seks.





4.
Pendidikan seks patut dihalang di dalam sesebuah keluarga.





5.
Golongan tua tak perlukan seks.





6.
Pendidikan seks hanya bagi golongan yang bersedia untuk berkahwin.





7.
Seks sebelum kahwin merupakan petanda keruntuhan sistem sosial.





8.
Seks dengan orang lain daripada pasangan sendiri (seks luar nikah) tidak boleh diterima.





9.
Pada pendapat saya, remaja kini telah diberi terlalu banyak kebebasan seksual.





10.
Pada pendapat saya, masih kurang kekangan seksual dikalangan remaja.





11.
Manusia terlalu banyak terlibat dalam seks.





12.
Pada saya, hubungan kelamin merupakan cara yang paling diterima dan betul untuk dapatkan seks.





13.
Pada saya, seks patut ditangguhkan sehingga selepas kahwin.





14.
Seks hanya untuk orang muda.





15.
Homoseksual telah semakin diterima di dalam masyarakat.





16.
Seks hanya untuk meneruskan generasi manusia (pembiakan).





17.
Seseorang individu tak patut melancap/beronani.





18.
Belaian seksual tak patut dilakukan.





19.
Individu tak patut berbual tentang kehidupan seksualnya dengan orang lain.





20.
Indidvidu yang cacat tak seharusnya buat hubungan seks.





21.
Tak sepatutnya wujud undang-undang yang menegah sebarang seks antara individu.





22.
Apa yang dilakukan oleh 2 orang individu secara seksual adalah hal peribadi mereka.





23.
Terlalu banyak unsur seks dalam program televisyen.





24.
Wayang gambar kini banyak paparkan unsur seks dengan nyata.





25.
Bahan-bahan lucah patut diharamkan daripada dijual di dalam kedai buku.





26.
Hubungan seks selepas kahwin dapat diterima oleh masyarakat Malaysia.





27.
Perempuan sepatutnya mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum kahwin.





28.
Hubungan seks sebelum kahwin di antara yang dewasa, wajar diterima oleh masyarakat.





29.
Semua gadis mesti dara sebelum berkahwin.





30.
Sepatutnya lelaki harus mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin.







nak tau cara kira?? hehehe
next post ok~~ ;)


No comments:

Post a Comment