Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

21 April 2014

Cinta Perosak Persahabatan ?,


✿ Assalamualaikum ✿


Morning !!! Tajuk hari ni agak serius. Jujur. Sebenarnya Pujangga upset sangat2 bila dah tamat pengajian, perpisahan antara sahabat2 dengan Pujangga tak seperti yang Pujangga harapkan. Seolah2 persahabatan kami tak ada yang istimewa. Masing2 sibuk luangkan masa untuk kekasih masing2 (Pujangga terkecuali).

Persahabatan ditolak ke tepi. Tipulah kalau Pujangga tak terasa hati. Selama ni setiap kali jumpe penuh gurauan, gelak tawa. Sekarang, sunyi, gurauan hanya untuk menyakiti satu sama lain. Pujian hanya untuk orang yang dicintai.

Teringat dulu masa zaman jahil Pujangga sibuk bercinta. Pujangga banyak kali putus sebab lebih banyak luangkan masa untuk sahabat sampai sekarang ni Pujangga takut nak hadapi komitmen bila bercinta. Bagi Pujangga sahabat adalah yang kedua terpenting after family. Why? Tanya lah hati wahai sahabat ku~~

:'( Berminggu yang lepas, setiap kali bersendirian, Pujangga menangis sebab takut nak hadapi perpisahan dengan sahabat2. Tapi hari ni Pujangga sedih, sebab kaki ni masih terpaku di lantai bumi Melaka, tapi tiada apa yang perlu Pujangga pertahankan untuk tetap berada disini.

Terima kasih kerana berubah.
Terima kasih kerana melupakan jasa menyatukan kalian.
Terima kasih untuk masa lalu yang indah.
Terima kasih untuk kekecewaan ini~~~

✿SelamatTinggal
✿Terima kasih untuk seorang sahabat ku yang tidak membiarkan cinta membunuh persahabatan kita~~ NK@O

posted from Bloggeroid

17 April 2014

Paper Terakhir Untuk Semester Terakhir ~~


✿ Assalamualaikum ✿

Alhamdulillah, selesai sudah, tapi sayang kaki ini masih terpaku ke bumi Melaka~~

Report tak settle lagi. Bukan salah diri sendiri. Penyelia praktikal busy sangat~~

Jealous tengok kawan2 balik kampung~~ Tadi ada beberapa orang kawan terdekat yang salam dan peluk cium Pujangga (bukan sahabat2 baik, diorang tak balik lagi). Antara ramai2 tu, ada sorang yang buat air mata Pujangga betul2 menitis. Seorang kawan dari semester 1. Ya Allah, Pujangga sayang dia~~~~



✿ aku tahu ceritanya
✿ aku tahu deritanya
✿ semoga dia terus kuat melangkah
:)

posted from Bloggeroid

15 April 2014

Perang Bedak ~~


✿ Assalamualaikum ✿

Hey~~ Malam tadi Pujangga terfikir nak ajak kawan2 main benda pelik2. Mula2 ajak diorang lawan gusti kaki (??). Camane tu ek? haha konsepnya sama je macam gusti lengan cuma bezanya kami guna kaki. Tak ada gamba pulak. Aurat ye~~ hehe

Tapi gusti kaki ni tak boleh main lama2. Sebab kalau main lama2 boleh menyebabkan ibu jari kaki sakit. Semalam tu, memang sakit dah pun. Stop. Duduk borak2.

Tiba2 Pujangga rasa badan ni masyam je. So, pergi ambil bedak dalam locker, and, and, and tercetus lah idea nak perang bedak. Tak sempat habis bagi idea dah kena serang dah. hahaha memang seronok lah. Masing2 jadi nenek (rambut putih). Berlari satu rumah. Habis bilik berdebu. Perang bertiga, bingit macam ada 30 orang. Sekali sekala kan?


(weapon kami)

Tapi yang tak best nya, Pujangga ni rendah. Diorang duk tabur bedak atas kepala yang hasilnya kulit kepala Pujangga dah macam dipenuhi kelemumur. Nak balas balik tak mampu sebab tak sampai~~ hahaha



(kami bertiga)

Have fun sangat2~~ Akan merindui saat ini.. Tinggal seminggu ni je untuk luang masa bersama~~ :'(

ohye, petang ni kami ber'barbeque' untuk ahli rumah dan kawan2 terdekat. yayy !!!!
tak sabar, tak sabar, tak sabar~~

✿ sahabat sejati ku~~

posted from Bloggeroid

14 April 2014

2048 Puzzle Game ~~


✿ Assalamualaikum ✿

Hey !! Hey !! Hey !! 2 hari lepas Pujangga dilanda bosan yang teramat. Maka Pujangga pun download lah game baru. Nama game tu 2048 Puzzle.

Lepas je installed, 2 jam selepas tu Pujangga hilang kewarasan (??).
hehe. Pujangga addicted !!!


ni best score Pujangga yang latest, buka mata je pagi tadi, terus mengadap. hehe

ohye, concept game ni simple je. 2 nombor yg same dan bersebelahan boleh digabung (tambah) jd nombor yang baru. Kita kira menang kalau nombor yang digabung2 kan tu dapat capai nombor 2048 (rasanya never kot).






Mind game camni memang TERBAIK untuk membantu sel-sel otak kembali berhubung~~

ok?

:)

tata

posted from Bloggeroid

13 April 2014

Selfie ~~


✿ Assalamualaikum ✿

Hey !! Hari ni Pujangga nak menaip pasal SELFIE. Siapa suka selfie?? Angkat ibu jari kaki !!!! Hahaha (orang yang taip ni tengah berusaha angkat ibu jari kaki)

Apa tu selfie? Tak tau? Selfie ialah singkatan dari Self Potrait Photography.. Tak faham?? Secara mudahnya, selfie bermaksud tangkap gambar diri sendiri menggunakan kamera @ telefon bimbit tanpa bantuan orang lain. Orang ok? Kalau guna monopod, still dikira sebagai selfie.



Ni contoh nya~~

Selain tu, selfie juga boleh dilakukan secara berjemaah..







Hah, lately, memang famouslicious (??) istilah selfie ni. Padahal gejala ni da ada dari zaman dulu kala lagi. Cuma istilahnya yang baru, maka ramai lah yang EXCITED gunakan (baru bg org yg baru tau).

Pujangga ada dengar radio baru2 ni. Kebetulan topik nya ialah selfie. Majoriti pendengar yang bagi pendapat adalah bersifat negatif. Malah ada yang kata org suka selfie ni loser, x sedar diri dan sebagai nya. Betul ke selfie ni negatif sangat? Tak ada yang positif ke? Ada~~

Bagi Pujangga, tak salah pun nk berselfie selagi gambar yang ditangkap TAK DEDAH AURAT dan TAK MENJATUHKAN MARUAH diri sendiri. Tu yang penting~~ Lagipun selfie ni senang, tak perlu susah2 minta tolong orang tangkapkan gambar kita.. Kan?

Pada yang tak suka selfie tu, macam tipu je? Haha tak perlu bagi komen yang menghina, bias dan prejudis. Takut2 berbalik kat diri kita sendiri~~

Ok?

;)




Just for fun~~




Yang ni gaya selfie favourite Pujangga.. Hehehe

posted from Bloggeroid