Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

11 January 2015

Kenali Pil Diet Anda !!



Assalamualaikum !!

Hey guys !! Entri kali ni Pujangga nak story pasal pil diet. Disebabkan Pujangga tengah obses nak sangat kurus kononnye (hehe). Tapi jangan salah faham, Pujangga punya diet tak ada pun gunakan pil-pil semua ni. Tak berani dan tak nak laburkan duit banyak-banyak. Pujangga guna alternatif lain seperti jaga pemakanan, dancedan senaman. 
Pujangga faham. Ramai antara kita yang nak kurus, tapi inginkan cara yang mudah dan cepat. Malas lah nak senam-senam ni. Tak nampak effect pun kan? So, jalan penyelesaiannya adalah ambil pil diet.
Ops !! Sebelum tu, jom, baca kat bawah ni supaya kita lebih kenal akan pil diet yang kita nak amalkan..

1. Phentermine : Sejenis Pil diet yang telah diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959. Pil ini bertindak secara terus ke otak untuk menyekat selera makan. Pil ini digalakkan kepada pesakit yang mengalami obesiti dan perlu diselaraskan bersama program diet yang telah ditetapkan. Tetapi, pil diet ini boleh menyebabkan ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insomnia dan debaran jantung.

2. Orlistat : Pil ini bertindak dengan cara menyekat lemak daripada diserap oleh tubuh badan. Pengambilan pil ini setiap kali sebelum makan sebanyak tiga kali sehari boleh menyekat sehingga 30% lemak daripada di serap. namun begitu, pil ini dikatakan kurang berkesan kerana sekiranya pengamal berhenti mengamalkan pengambilan pil ini akan menyebabkan mereka kembali gemuk.

3. Bontril/Phendimetrazine : Pil ini memiliki fungsi yang biasa seperti pil diet yang lain iaitu mengurangkan selera makan. Namun pil ini diharamkan kerana kesan ketagihannya. Sekiranya pil ini diamalkan secara berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih serta tekanan.
4. Hoodia : Pil ini sebenarnya digunakan untuk sakit perut dan jangkitan. Tetapi ada pendapat yang mengatakan pil ini juga boleh menyekat selera makan. Sebuah kajian telahpun dilakukan ke atas seekor tikus untuk mengenalpasti kesan pengambilan Pil Hoodia ini. Hasilnya, Pil Hoodia ini dipercayai boleh menyebabkan kerosakan hati.

Jadi ?? Korang rasa Pil Diet ni adalah pilihan terbaik korang untuk tampil langsing, cantik, menawan dan tertawan? Fikir elok-elok. Jangan sampai menyesal di kemudian hari ~~  
Cukup untuk entri kali ni~~
daaaaaaa