Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

30 September 2012

Bertudung Labuh : Apa Salah Kami?



Assalamualaikum~~
Segala puji bagi Allah yang menciptakan ruang dan peluang untuk saya menulis di sini. Alhamdulillah dah dua minggu saya mengenakan tudung labuh. Semoga perubahan ni berterusan dan saya tetap istiqomah. Amin~~
Tapi di dalam meniti perubahan yang ketara ni, banyak dugaan yang menimpa. Dugaan ni dah pun saya nampak sebelum mengenakan tudung labuh. Rakan-rakan di sekeliling saya ramai dah yang kena cemuh dan kutuk kononnya pakai tudung labuh hanya sekadar untuk menutup sikap buruk, berpura-pura, belagak alim dan sebagainya. Sejujurnya, saya akui memang ada manusia yang seperti ini tapi BUKAN SEMUA. Di ulangi BUKAN SEMUA. Lalu tohmahan-tohmahan sebegini mewujudkan rasa hampa, kecewa dan rendah diri yang teramat sangat kepada kami. Apa salah kami?

Saudari,

Wajibnya kita melabuhkan tudung adalah berdasarkan firman Allah, "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melebarkan jilbabnya."
  [Al Ahzab: 56]

Jadi adakah salah kami jika kami hanya menjalankan tuntutan Allah? Bukan kami minta untuk dipuji meninggi, bukan kami minta dihargai, kami hanya ingin menjaga diri, menutup apa yuang seharusnya ditutup. Ya, kami memang ada melakukan salah dan khilaf, tegurlah kami, kerana kami tak sempurna. Kami bukan USTAZAH seperti yang saudari dan saudara gelar dengan sebutan yang sinis. Kami hanya manusia biasa, bukan seorang pendidik yang perlu digelar Ustazah. Memang ilmu agama kami tidak sesempurna mana, saya bukan penghafaz al-Quran dan Hadith, saya bukan alim ulama, saya hanya wanita yang ingin menjadi seperti seorang wanita yang telah ditetapkan oleh Allah.

Jika saya marah, jangan kata saya tak layak pakai tudung labuh kerana saya tak mampu tahan sabar.
Jika saya bergembira, jangan kata saya tak layak bertudung labuh kerana tak sentiasa berdiam mengingati Allah,
saya hanya manusia seperti anda,
jangan memandang saya seolah-olah bertudung labuh ini hina~~
saya tak sekuat mana untuk menepis hinaan saudara, saudari~~



sahabat saya berpesan : "Jangan peduli apa kata orang, peduli apa balasan Allah, tetaplah Istiqomah"


Ya Allah kuatkan hati ku~~ :)


11 September 2012

Pendatang Baru !! (bukan pendatang tanpa izin)



Assalamualaikum !!
Hari ni rasa macam hari yang agak annoying bila banyak benda tak best happen (antaranya kena present forum time kuliah, padahal aku harap time tutorial, hari Rabu nanti). But someone bawakan something yang dah lama aku order iaitu ............ tadaaaaaa !!

Aku letak nama dia Greenet !! (sebab dia hijau and aku suka nama tu). Lepas ni adalah benda yang aku boleh buat lepas tension. Dush!! Dush!! Padan muka!! Siapa suruh merelakan diri untuk jadi hak milik aku~~ lalalala.. Dapat je Greenet, aku pun memulakan sebuah kisah tentang dia dan kawan-kawannya, domo versi biru, encik teddy dan puan love (mereka ni hak milik Si Lanun Buta Hati). So, ni lah sesi fotografi yang jadi huru-hara. Ni semua sebab gangguan dari ‘mereka’ dan sebab si Greenet ni perasan comel.


ok aku tau agak serabut background nye, anggap je seni.. pleasee~~

mase ni Greenet da start bengang sebab si Biru ni asyik ganggu je dia nak posing~~


 amik kau !!

yang kiri tu si Biru dah terdampar sebab kena belasah tapi entah macam mana, si Biru balas dendam, habis Greenet kena belit dengan wayar..

 
dah kembali berbaik, buat perjanjian damai katenye~~

 


# heeeeeeeeee, aq da cam orang gila snap gamba mereka nih.. midterm tomorrow!!! tension !!!









03 September 2012

Game, Kopi dan Cinta di Dalam Gelas !!



Assalamualaikum!!
Post ni di publish selepas aku telah berjaya membuat mata aku tak nak lelap. Ni semua gara-gara download game and Cinta di Dalam Gelas !! Ceritanya begini, tadi petang aku rasa letih, aku nak tidur tapi TOSHIBA kesayangan telah menggoda aku dan secara tak sengaja broadband pun tiba-tiba muncul di tangan aku. Aku pun online la dengan ‘TAK SENGAJA’. Aku tak online Mukabuku, sekadar bace blog-blog korang yang sangat memikat hati tuuuu.
            Tengah best online, Si Lanun ButaHati bagi aku satu link untuk download game. Aku pun dengan gatalnya download lah satu game ni. Broadband pulak line ‘SUPERLAJU’ sampai aku rasa nak hempuk kat dinding. Tapi dengan penuh kesabaran dan keimanan (kononnya) aku pun tunggu jelah. Aku sanggup tak tidur untuk melangsaikan rasa penat dan mengantuk. Aku sempat mandi dulu barulah game tu abis di download. Lebih kurang pukul 8.20 pm. Then, dengan excitednya aku try install setup game tu. And know what?? TAK BOLEH INSTALL !!! Hangin !!!

            Aku terus shut down ‘toshi’, bagi dia rehat jap. Pastu aku baring berguling-guling dengan harapan dapat tidur awal. Tiba-tiba novel Cinta Di Dalam Gelas boleh lah pulak baring kat sebelah aku jugak. Ish, kenapalah si Andrea Hirata ni karang novel yang selalu je mampu menggoda naluri minah novel aku?? (kadang aku meluat nak baca novel cinta, tapi lau novel Andrea Hirata always berkenan kat hati). Andrea Hirata ni penulis novel Lasykar Pelangi tau. Ada dua tiga sebab yang buat aku berminat sangat baca novel dia ni. First, cara penulisan Andrea Hirata tersangatlah santai, bersahaja dan lucu. Second, aku memang sukakan pembacaan yang boleh buat aku membayangkan situasinya (Andrea Hirata selalu mampu kuasai halusinasi aku). Third, aku memang suka baca novel yang tak kan dipinjam oleh orang lain. Sebab novel ni ditulis oleh Indonesian. Bukan kedekut cumanya aku nak kesukaan yang berbentuk privasi (bahasa aku hancur). ==’
cinta di dalam gelas kopi ~~

            Nak dijadikan cerita, dalam novel tu ada tertulis pasal kopi !! MY FAVOURITE !! Lalu, dengan secara tak sengajanya perut aku berkeroncong irama hard rock. Then aku pun bangun, amik mee segera, jerang air, bancuh white coffee, duduk kat meja study, makan mee, menikmati white coffee yang super pekat, buka ‘toshi’, DAN mata aku membulat secara spontan !!! Terima kasih diucapkan kepada Cinta Di Dalam Gelas !!! Kopi !! Game yang kuajo !! (bejaman aku download tau tak !!)



tayang toshi sejenak XD
                                                                                     

MORAL OF THE STORY : jangan download game kat memane yang kita tatau ley pecaye ato tak and jangan pandang novel Andrea Hirata kalau dah ade niat nak tidur !! =..=

29 August 2012

Derma Darah !!


Assalamualaikum !!!

Kali ni nak tulis pasal derma darah. Sebenarnya post ni dibuat sebab semalam aku derma darah. Mungkin macam over sebab sampai tulis kat blog bagai, tapi peduli apa. Bende tu pengalaman pertama yang boleh tahan mengujakan.. hehe
ni bukti nye~~ hehe


Pelik dan aneh bila terlalu ramai orang kat Malaysia ni yang sangat takut nak derma darah sehinggakan timbul banyak momokan-momokan yang pelbagai. padahal derma darah tu just like 'derma daraaaaaah~~'. tak ada yang menyeramkan atau boleh buat orang mati pun. bukannya nak berlagak (aku pun baru first time), tapi kita kena faham dan tahu ape kebaikan yang kita buat hasil dari perbuatan kita. Bukankah derma darah ni bagi manfaat yang banyak pada diri kita juga orang lain??

      Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat. "Wahai Rasulullah, bagaimana kriteria orang yang baik?" Rasulullah menjawab: (yang bermaksud) : "sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi orang lain."
(tolong perbetulkan jika silap)


Hukum derma darah menurut islam pula ialah harus (maklumat lanjut boleh search sendiri). Darah tersebut tidak perlu diasingkan antara orang Islam dan bukan islam. Selain itu, dah derma darah jangan harap balasan ye, penghargaan berbentuk bayaran pada penderma adalah tak digalakkan.

Antara kebaikan derma darah kepada diri kita ialah dapat mengurangkan paras 'iron' di dalam darah. Dengan penurunan tahap 'iron' tersebut ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung pada diri kita.
Ni kebaikan lain derma darah:
1. menyelamatlkan nyawa orang yang memerlukan
2. dapat merangsang penghasilan sel darah baru di dalam badan
3. Kecekapan badan menggunakan zat besi di dalam badan akan bertambah
4.dapat mengeluarkan sebahagian zat besi dari badan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok jika berlebihan di dalam tubuh.
(Ni je dulu yang aku dapat, nanti tambah kat post lain insya Allah)

Antara ciri penderma darah ialah:

* umur 18-65 tahun (yang tak cukup umur lagi tu jangan sibuk2 nak derma ye)
* berat lebih 45 kg
* tahap haemoglobin sekurang-kurannya 12.5 peratus
* tak minum alkohol 24 jam sebelum menderma (bukan time nak derma darah je tak minum, bila2 pun jangan minum !! ingat !!)
* tak ambil antibiotik
* tidur lebih lima jam pada malam sebelum derma.

itu sahaje !! semoga ada manfaat untuk post kali ni~~ tata =3

27 August 2012

Crochet !!


Assalamualaikum !!
kat sini ada gambar-gambar yang menarik hasil kerja tangan my sis... try tengok~~
mane tau lau berkenan~~
lau tak ley add dulu~~
search : Penyair Sang Permaisuri

Pelanduk Dua Serupa ??



Assalamualaikum !!
Gamba ni ade persamaan antara yang kiri and kanan. Kiri tu aku, yang kanan tu seseorang yang menyerupai aku... Siapakah dia ?????  
Cuba teka !!
A : kawan alam maya aku
B : seseorang yang aku tak kenal
C : adik lelaki aku (hah??)
D : secret admirer aku yang buat pembedahn plastik (no way !!)
E : sepupu aku 

Perlumbaan Nikah and Pregnant ??


Assalamualaikum ya akhi ya ukhti~~
Before that, Happy Raya !! tak mampu nak wish lebih2 sebab sekarang ni dah tercanguk dekat kolej~~

pelik dengan tajuk post aku ?? wehehehehe nak tau kenapa?? sebab aku yang dah layak menikah ni rasa nak join perlumbaan tersebut. hehehe (just kidding).. 

Yang pertamanya, kakak yang paling rapat ngan aku dah pun  menikah dengan jejaka idamannya pada 27/5/2012 (lau kenyanyukan aku tak melanda mungkin tarikh ni betul). 



Nak dijadikan cerita yang jadi punca tajuk post ni iaitu perlumbaan, tadi pagi masa aku bersiap2 nak ke kelas, aku dapat call dari mak aku. Dia suruh aku tolong buatkan kad jemputan kahwin untuuuuuuuuuukkkkk ABANG aku !! See!! berlumba nampak !! (abang aku, identiti dirahsiakan sebab lum married lagi) Haih, yang mampu aku buat berdoa jela~ Semoga korang bahagia ye~~

   Yang keduanya, akak aku yang baru menikah ni dah pun dikhabarkan pregnant.. Alhamdulillah (produktif sungguh). Bukan main lain ye. Dah rezeki kan?? Perlumbaan yang kedua ni pulak disaingi oleh akak aku yang lagi sorang. Dia dah pun ada anak satu and bersemangat sungguh menambah koleksi cucu mak and ayah aku. Alhamdulillah. (gambar lum ade sebab baby masih dalam perut)

     Sebenarnya dalam happy2 menyambut keluarga baru yang dah pun menyertai keluarga aku dan juga yang bakal menyertai, ada satu kesayuan yang timbul dalam hati aku. Selama ni, aku selalu anggap yang kami belum dewasa, masih hingusan dan memerlukan tangan kekar ayah dan kelembutan mak untuk memimpin kami menelusuri kehidupan. Tapi ternyata tanpa sedar kami dah pun berdiri atas kaki sendiri. Tidak lagi terlunglai dan berpaut di dahan-dahan utuh orang tua. Mak dan ayah, TERIMA KASIH!! 

First post Ever !!!


Finally !! errr~~
sorry~~
Assalamualaikum !!
this simple blog da bole publish post.. teruja teruji~~
:)