Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

23 August 2014

Cerita Mistik 2 : Spirit of The Coin


✿ Assalamualaikum ✿

Hey Bloggers !! Hari ni Pujangga nak tampal cerita pasal permainan Spirit of The Coin pula. Rasanya ramai yang dah sedia maklum apa Spirit of The Coin ni dan cara perlaksanaannya. Permainan ni biasanya dimainkan oleh beberapa orang yg jumlahnya ganjil. Barang utama ialah duit syiling lama (sebab tujuan asal permainan ni adalah untuk menyeru 'semangat' atau roh yang menghuni duit tersebut), papan atau kertas yang tercatat abjad, nombor dan beberapa perkataan, serta lilin (biasa main dalam gelap dan cuma ada cahaya lilin). Cara perlaksanaan, Pujangga tak nak jelaskan, boleh usya diblog lain sebab secara serius 2 riusnya Pujangga menentang perlaksanaan permainan ini atas dasar aspek akidah. Ok, merapu banyak pun tak guna. Jom, layan cerita lah.




Nama aku P. Aku menuntut di sebuah kolej di sebuah negeri di Malaysia. Di sini aku rapat dengan 4 orang lagi rakan iaitu A, B, C dan D. Antara kami berlima, cuma aku yang tinggal di asrama berasingan. Mereka ditingkat 4, aku pula ditingkat 3. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam, ketika itu cuti study week selama seminggu, kami sepakat untuk bermain permainan spirit of the coin.

Pada jam 11.45 malam kami mula menyediakan bahan2 yang diperlukan iaitu kertas yang tercatat abjad, nombor, perkataan yes, perkataan no dan juga perkataan good bye, sekeping syiling lama milik C yang diberikan oleh arwah neneknya dan beberapa batang lilin. Lampu dimatikan.

Kami duduk membentuk bulatan. Di sebelah kanan aku ialah A dan B, sementara di sisi kiri ku adalah D, di hadapan ku C. Kami berbual2 sementara menunggu jam 12. Suasana di luar hostel semakin sunyi memandangkan sudah larut malam dan ramai pelajar yang pulang bercuti. Tepat jam 12, kami memulakan permainan. Jari telunjuk masing2 menyentuh duit syiling. Aku mula berdebar2. Tiba saat mentera mula dibacakan aku nekad mengangkat jari aku dari menyentuh duit syiling. Bacaan mentera terhenti. Serentak itu juga D menengking aku. Aku hanya berdiam, bangun dari duduk, menuju ke arah pintu dan berlalu dari rumah mereka.

Ketika itu hawa dingin menghambat seluruh tubuh aku. Aku mempercepatkan langkah. Tiba di tangga, langkah aku terhenti. Di hadapan aku, di tangga, seorang gadis sedang duduk memeluk lutut membelakangkan aku. Rambutnya dibiar terurai separas pinggang dan kusut masai. Suaranya menggumam perlahan menyapa telinga ku. Sekujur badan aku menggigil. Perlahan2 aku melangkah menghampiri gadis tersebut dan melalui tangga di sebelahnya. Aku berusaha menjaga mata aku daripada menoleh ke arahnya.

Setelah melepasi gadis itu, aku mempercepatkan langkah dan serentak itu juga aku menoleh untuk melihat wajah gadis tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat disebalik rambutnya yang berjuntaian, wajah si gadis kosong, tanpa mata, hidung dan mulut, malah kulit mukanya licin dan rata. Aku terus berlari tanpa menoleh lagi. Sampai di asrama aku terus mengambil wuduk dan tidur dalam keadaan tubuhku menggeletar.

Keesokan harinya aku demam selama 3 hari. Yang anehnya 4 orang rakan ku tidak seorang pun datang menjenguk. Malah sms dan panggilan dari aku juga tak berbalas. 4 hari setelah kejadian tersebut aku gagahkan diri untuk ke rumah mereka. Kosong. Aku cuba bertanya pada jiran mereka. Dari situ aku dapat tahu mereka berempat pulang ke kampung masing2 kerana jatuh sakit. Aku mula berasa tak sedap hati.

Aku cuba menghubungi A. Akhirnya panggilan aku berjawab. Aku mendesak A menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Kata A, setelah aku pergi mereka memulakan semula permainan. Syiling mula bergerak sendiri menandakan roh orang mati ada bersama mereka. Setelah beberapa soalan ditanya, tiba2 B bertanya tentang kedudukan roh tersebut. Syiling perlahan2 bergerak menghampiri C. Semakin lama semakin hampir hinggalah akhirnya A, B dan D memandang ke wajah C. Serentak mereka menjerit kerana wajah orang di hadapan mereka bukan lah wajah C tetapi wajah rata tanpa mata, hidung dan mulut. Setelah itu pandangan A gelap. Ketika sedar dia dah pun berada di kampung. Tambah A lagi, C kini koma dan di rawat di hospital. Aku terkejut bukan kepalang. Aku bergegas ke hospital. Kata2 A betul, C memang terlantar koma. Sejak itu aku sering menjenguk C. C tak dapat menduduki peperiksaan sehinggalah masuk semester baru.

Beberapa bulan berlalu, aku, A, B, dan D menjalani hidup seperti biasa tanpa C yang masih koma. Semasa pertengahan semester, aku mendapat panggilan daripada parent C mengatakan bahawa C sudah bangun dari koma. Aku dan rakan2 bergegas ke hospital. Tiba di hospital, aku lihat wajah C pucat dan cengkung. Senyuman C dah tak seperti dulu. C meminta aku duduk dekatnya. Perlahan dan berbisik C mula bercerita.

Pada malam itu, setelah aku pergi, C bangun mengejar aku. Namun panggilannya, malah sentuhannya di tubuh aku langsung tak aku endahkan. Dia melihat semua yang terjadi pada aku. Tapi yang anehnya dia tak nampak pun ada gadis tak berwajah duduk di tangga. C kejar aku sampai ke rumah dan menjaga aku sampai aku tertidur walaupun aku tak mengendahkan dia. Kemudian C kembali ke rumah mereka. C lihat semua dah terbaring pengsan termasuk dirinya sendiri. C keliru dan ketakutan, menyangka dirinya dah mati. Dia kembali ke bilik aku. Sejak hari itu C terus berada di sisi aku walaupun dia sedar aku tak dapat melihat dia. Sampai lah pagi itu dia rasa ditarik oleh sesuatu dan ketika dia membuka mata, dia dah pun kembali ke dalam jasad nya semula..


TAMAT

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment