Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

12 May 2015

Crochet : Kasut Untuk Bayi Lelaki


✿ Assalamualaikum ✿

Hey uolls !!!! buat ape tu? meh layan Pujangga membebel sekejap. Macam yang Pujangga pernah janji kan kat entri sebelum ni, Pujangga nak promote barang2 Crochet yang Pujangga dan akak2 Pujangga buat..

Untuk entri kali ni Pujangga nak promote pasal kasut baby je.. meh tengok gambar dulu ye..












ini 3 pattern kasut bayi lelaki yang paling famous dan paling banyak orang order. cantik kan? eh, tapi kan pattern ni bukan untuk lelaki je tau. kalau uolls request pattern ni untuk baby girl pun boleh. tambah bunga cecomel atau guna warna gegirl (pink, light orange dll) , jadi la kasut untuk baby girl kan?. ok lah. Pujangga busy mengait ni. ok daaaaaa

✿ berminat? whatsapp je lah 0177883585
✿ tak ada whatsapp? fb je lah Sang Pujangga Perosak Jiwa
✿ pastu jangan lupa follow ig @benangkait_uulhuda

posted from Bloggeroid

01 April 2015

Cara Atasi Nafas Berbau ~


✿ Assalamualaikum ✿

Malam ni nak story pasal nafas berbau. Korang punya nafas berbau tak. Cuba tekup tangan kat mulut then say 'haaaaaa'. Pastu laju2 hidu. Haha pengotor kan? berbau tak? Kalau tak, Alhamdulilah. Kalau berbau pulak? alamak !!! cemmane ni ????

Masalah nafas berbau adalah masalah yang sangat penting bagi Pujangga. Kenapa? Pujangga ni stail yang pantang hidung ni tercium bau tak enak terutama yang datang dari diri sendiri. Mula la rasa rimas, hilang keyakinan diri dll. Nasib baik lah Pujangga tak ada masalah nafas berbau ni. Tapi bagi pembaca yang ada masalah ni, jom baca sedikit tips yang Pujangga kongsikan.

✿ Cara Atasi Nafas Berbau
1. Jangan berus gigi dengan cepat. Pujangga faham, kerja memberus gigi ni leceh kn? kadang2 tu, asal berus je. Tak boleh macam tu ~~ Memberus gigi dengan cepat boleh menyebabkan bakteria masih kekal berada dalam mulut. Tu pasal mulut jadi berbau tu.

2. Banyak kan minum air kosong. Yang ni kira tips asas lah kan? Hampis semua penyakit mesti kena banyakkan minum air kosong. Dalam masalah nafas berbau ni, air kosong boleh membantu membunuh bakteri degil. syuhh syuhh syuhh ~

3. Perbanyakkan pengambilan vitamin C dan E seperti buah2an dan sayur2an.

4. Amalkan makan gula getah. Memakan gula getah mampu menggalakkan penghasilan air liur.

Ok, tu saja lah tips kali ni. Harap bermanfaat lah ye untuk semua.

xoxo
Assalamualaikum ~~

posted from Bloggeroid

Crochets ~


Assalamualaikum !!

Allahu rindunya lah nak menaip , membebel, merapu kat sini kan. Rindu banget.
Alkisahnya Pujangga nak story yang Pujangga tak dapat kerja lagi. Senang kata memang menganggurlah. Meniaga makanan kat tepi jalan pun Pujangga dah tak buat lagi.Pujangga cuma meniaga pasar je, tu pun cuma hari Sabtu.
Sebenarnya Pujangga memang lah agak tertekan juga sebab tak ada income tetap yang masuk ke dalam poket. Maklumlah sekarang ni kos sara diri memang naik mendadak. Even Pujangga duduk dengan mak ayah pun still terasa beratnya nak menyara diri apalagi yang duduk sendiri ataupun yang dah berkeluargakan? 
Fikir punya fikir punya fikir, Pujangga dapat idea.
Idea ni datang bila Pujangga tengok kakak Pujangga buat project ni iaitu project CROCHET. Haaaaa. Korang tau apa tu Crochet? Senang kata bahasa melayu nya mengaitlah jah ui.. 
Mula-mula Pujangga buat sebab minat, lagipun Pujangga memang ada basic pun cuma nya tak ada masa nak asah basic tu. Entah macammana bila buat banyak kali dan banyak yang menjadi, Pujangga jadi gian pulak dan dapat idea nak meniaga barangan handmades secara online. Ohya, Pujangga jugak ambil tempahan menjahit baju kurung dan baju berfashion, kanak-kanak, dewasa, lelaki dan perempuan ok.. :)

ni nama nya flower crown

ini baby shoes

ini bekas telur yang patternnya 100% idea Pujangga sendiri

 ni pulak brooch. brooch ni banyak pattern. yang ni brooch rose~~ 

In shaa Allah untuk entri akan datang Pujangga akan post more pictures of my works.
In shaa Allah Pujangga akan sertakan harga sekali.
berminat boleh emel Pujangga di perosakjiwa93@gmail.com
atau whatsapp 0177883585
atau wechat ID : SppjAwesome
AMARAN : Jangan curi gambar Pujangga ok.
Assalamualaikum ~~

11 January 2015

Kenali Pil Diet Anda !!



Assalamualaikum !!

Hey guys !! Entri kali ni Pujangga nak story pasal pil diet. Disebabkan Pujangga tengah obses nak sangat kurus kononnye (hehe). Tapi jangan salah faham, Pujangga punya diet tak ada pun gunakan pil-pil semua ni. Tak berani dan tak nak laburkan duit banyak-banyak. Pujangga guna alternatif lain seperti jaga pemakanan, dancedan senaman. 
Pujangga faham. Ramai antara kita yang nak kurus, tapi inginkan cara yang mudah dan cepat. Malas lah nak senam-senam ni. Tak nampak effect pun kan? So, jalan penyelesaiannya adalah ambil pil diet.
Ops !! Sebelum tu, jom, baca kat bawah ni supaya kita lebih kenal akan pil diet yang kita nak amalkan..

1. Phentermine : Sejenis Pil diet yang telah diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959. Pil ini bertindak secara terus ke otak untuk menyekat selera makan. Pil ini digalakkan kepada pesakit yang mengalami obesiti dan perlu diselaraskan bersama program diet yang telah ditetapkan. Tetapi, pil diet ini boleh menyebabkan ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insomnia dan debaran jantung.

2. Orlistat : Pil ini bertindak dengan cara menyekat lemak daripada diserap oleh tubuh badan. Pengambilan pil ini setiap kali sebelum makan sebanyak tiga kali sehari boleh menyekat sehingga 30% lemak daripada di serap. namun begitu, pil ini dikatakan kurang berkesan kerana sekiranya pengamal berhenti mengamalkan pengambilan pil ini akan menyebabkan mereka kembali gemuk.

3. Bontril/Phendimetrazine : Pil ini memiliki fungsi yang biasa seperti pil diet yang lain iaitu mengurangkan selera makan. Namun pil ini diharamkan kerana kesan ketagihannya. Sekiranya pil ini diamalkan secara berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih serta tekanan.
4. Hoodia : Pil ini sebenarnya digunakan untuk sakit perut dan jangkitan. Tetapi ada pendapat yang mengatakan pil ini juga boleh menyekat selera makan. Sebuah kajian telahpun dilakukan ke atas seekor tikus untuk mengenalpasti kesan pengambilan Pil Hoodia ini. Hasilnya, Pil Hoodia ini dipercayai boleh menyebabkan kerosakan hati.

Jadi ?? Korang rasa Pil Diet ni adalah pilihan terbaik korang untuk tampil langsing, cantik, menawan dan tertawan? Fikir elok-elok. Jangan sampai menyesal di kemudian hari ~~  
Cukup untuk entri kali ni~~
daaaaaaa