Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

29 August 2012

Derma Darah !!


Assalamualaikum !!!

Kali ni nak tulis pasal derma darah. Sebenarnya post ni dibuat sebab semalam aku derma darah. Mungkin macam over sebab sampai tulis kat blog bagai, tapi peduli apa. Bende tu pengalaman pertama yang boleh tahan mengujakan.. hehe
ni bukti nye~~ hehe


Pelik dan aneh bila terlalu ramai orang kat Malaysia ni yang sangat takut nak derma darah sehinggakan timbul banyak momokan-momokan yang pelbagai. padahal derma darah tu just like 'derma daraaaaaah~~'. tak ada yang menyeramkan atau boleh buat orang mati pun. bukannya nak berlagak (aku pun baru first time), tapi kita kena faham dan tahu ape kebaikan yang kita buat hasil dari perbuatan kita. Bukankah derma darah ni bagi manfaat yang banyak pada diri kita juga orang lain??

      Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat. "Wahai Rasulullah, bagaimana kriteria orang yang baik?" Rasulullah menjawab: (yang bermaksud) : "sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi orang lain."
(tolong perbetulkan jika silap)


Hukum derma darah menurut islam pula ialah harus (maklumat lanjut boleh search sendiri). Darah tersebut tidak perlu diasingkan antara orang Islam dan bukan islam. Selain itu, dah derma darah jangan harap balasan ye, penghargaan berbentuk bayaran pada penderma adalah tak digalakkan.

Antara kebaikan derma darah kepada diri kita ialah dapat mengurangkan paras 'iron' di dalam darah. Dengan penurunan tahap 'iron' tersebut ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung pada diri kita.
Ni kebaikan lain derma darah:
1. menyelamatlkan nyawa orang yang memerlukan
2. dapat merangsang penghasilan sel darah baru di dalam badan
3. Kecekapan badan menggunakan zat besi di dalam badan akan bertambah
4.dapat mengeluarkan sebahagian zat besi dari badan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok jika berlebihan di dalam tubuh.
(Ni je dulu yang aku dapat, nanti tambah kat post lain insya Allah)

Antara ciri penderma darah ialah:

* umur 18-65 tahun (yang tak cukup umur lagi tu jangan sibuk2 nak derma ye)
* berat lebih 45 kg
* tahap haemoglobin sekurang-kurannya 12.5 peratus
* tak minum alkohol 24 jam sebelum menderma (bukan time nak derma darah je tak minum, bila2 pun jangan minum !! ingat !!)
* tak ambil antibiotik
* tidur lebih lima jam pada malam sebelum derma.

itu sahaje !! semoga ada manfaat untuk post kali ni~~ tata =3

No comments:

Post a Comment