Assalamualaikum ya akhi ya ukhti~~
Before that, Happy Raya !! tak mampu nak wish lebih2 sebab sekarang ni dah tercanguk dekat kolej~~
pelik dengan tajuk post aku ?? wehehehehe nak tau kenapa?? sebab aku yang dah layak menikah ni rasa nak join perlumbaan tersebut. hehehe (just kidding)..
Yang pertamanya, kakak yang paling rapat ngan aku dah pun menikah dengan jejaka idamannya pada 27/5/2012 (lau kenyanyukan aku tak melanda mungkin tarikh ni betul).
Nak dijadikan cerita yang jadi punca tajuk post ni iaitu perlumbaan, tadi pagi masa aku bersiap2 nak ke kelas, aku dapat call dari mak aku. Dia suruh aku tolong buatkan kad jemputan kahwin untuuuuuuuuuukkkkk ABANG aku !! See!! berlumba nampak !! (abang aku, identiti dirahsiakan sebab lum married lagi) Haih, yang mampu aku buat berdoa jela~ Semoga korang bahagia ye~~
Yang keduanya, akak aku yang baru menikah ni dah pun dikhabarkan pregnant.. Alhamdulillah (produktif sungguh). Bukan main lain ye. Dah rezeki kan?? Perlumbaan yang kedua ni pulak disaingi oleh akak aku yang lagi sorang. Dia dah pun ada anak satu and bersemangat sungguh menambah koleksi cucu mak and ayah aku. Alhamdulillah. (gambar lum ade sebab baby masih dalam perut)
Sebenarnya dalam happy2 menyambut keluarga baru yang dah pun menyertai keluarga aku dan juga yang bakal menyertai, ada satu kesayuan yang timbul dalam hati aku. Selama ni, aku selalu anggap yang kami belum dewasa, masih hingusan dan memerlukan tangan kekar ayah dan kelembutan mak untuk memimpin kami menelusuri kehidupan. Tapi ternyata tanpa sedar kami dah pun berdiri atas kaki sendiri. Tidak lagi terlunglai dan berpaut di dahan-dahan utuh orang tua. Mak dan ayah, TERIMA KASIH!!
No comments:
Post a Comment