Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

22 August 2014

Cerita Mistik 1 : Berkahwin Dalam Mimpi


✿ Assalamualaikum ✿

Tengok tajuk atas tu rasa misteri tak? Hehe ok. Pujangga nak korang baca 1 kisah benar dari sumber yang boleh dipercayai. Cerita tentang mimpi seorang gadis..





Nama aku H. Aku belajar di sebuah kolej di sebuah negeri di Malaysia. Kisah ini terjadi ketika aku tinggal di asrama, semester 2. Asrama kami berbentuk rumah flat, setiap rumah biasa nya diduduki oleh 8 orang. Rumah dilengkapi dengan ruang tamu sbgai ruang belajar, dapur, 2 bilik air dan 3 buah bilik. Bilik kami saling berhadapan, bilik pertama 3 orang, bilik kedua 3 orang dan bilik ketiga 2 orang iaitu aku dan seorang kakak yang semester dengan ku. Aku namakan dia sebagai Kak A. Aku telah duduk sebilik dengan Kak A selama 2 semester. Kami sangat akrab.

Semester kedua menjadi titik perubahan sikap Kak A. Kak A mula berkawan dengan ramai lelaki dan mengaku dengan aku bahawa dia sudah sering melakukan hubungan seks dengan mana2 lekaki. Solat mula dia abaikan, begitu juga aku. Aku sedikit terikut dengan gaya hidupnya. Bermula saat itu juga Kak A seringkali ponteng kelas dan pulang ke kampung sehingga berminggu2. Aku tinggal di bilik itu sendirian dan kadangkala ditemani rakan sekelasku yang juga serumah dengan aku. Dia tinggal di bilik kedua. Namun malam2 aku lebih banyak tidur sendirian.

Pada suatu hari aku merasakan perubahan yang ketara pada diri aku. Ketika itu Kak A sudah 2 minggu di kampung. Aku semakin meninggalkan solat, sering tidur waktu asar dan maghrib, malas ke kelas dan hanya mandi pada waktu maghrib. Rakan serumah ada yang menegur sikap aku dan teguran itu menjadi amarah pada aku. Bermula saat ini jugalah aku mengalami mimpi yang bersambung antara 1 sama lain. Aku hanya mengalami mimpi2 ini semasa aku tidur petang.

Pada hari pertama aku bermimpi aku berkenalan dengan seorang lelaki tampan yang jika ku ingat2 wajahnya tak ada aku kenali di dunia nyata. Bangun dari mimpi aku rasa bahagia dan seolah2 angau.

Pada hari kedua aku bermimpi dating dengan lelaki tersebut. Entah kenapa setelah bangun dari tidur aku semakin berharap lelaki itu menemani setiap tidurku. Kehidupan nyata seperti tak ada erti bagi aku.

Hari ketiga aku bermimpi si lelaki melamarku dan kami pun menikah. Hari keempat aku bermimpi kami bersetubuh. Jujur aku katakan, aku rasa seperti persetubuhan itu berlaku secara nyata. Malah setelah terjaga, terdetik di hati ku "oh, begini rupanya rasa bersetubuh" . Sejak itu aku sering bermimpi kami bersetubuh dan menikmati hidup sebagai pasangan suami isteri. Ketika ini aku memang tidak pernah lagi menyentuh telekung dan sejadah. Hubungan dengan rakan2 terjejas. Aku jadi cepat marah dan ingin sentiasa tidur. Kak A yang sudah kembali juga merasakan perubahan pada diriku.

Beberapa hari kemudian aku bermimpi aku hamil. Lelaki itu sangat bahagia. Menjanjikan pelbagai hadiah untuk aku. Sejak mimpi itu, aku mula merasakan perubahan fizikal pada diri aku. Tidak secara mata kasar, cuma aku yang merasakan. Aku tak lagi datang bulan, aku merasakan kaki aku membengkak, aku tak larat naik tangga, aku sering muntah2 dan aku lebih selesa terbaring di atas katil.

Setelah lebih sebulan semenjak aku mimpi hamil, aku tak lagi bermimpi hinggalah aku bermimpi aku melahirkan. Di dalam mimpi itu lelaki itu sangat bahagia. Aku hanya sempat mendukung bayi ku sejenak dan mencium pipi nya sebelum lelaki itu mengambilnya. Dengan linangan air mata, dia mengecup dahi aku dan berkata, "abang cintakan H. Tapi ini semua untuk kebaikan kita." Dia terus berlalu pergi. Aku menangis dan merayu2. Sehinggalah saat aku terjaga, memang ada air mata yang mengalir, malah tangan aku sedang menggapai2 seperti dalam mimpi. Sejak hari itu aku mengalami sakit seperti senggugut terutamanya ketika aku mandi petang. Ada ketika dari kemaluanku keluar darah berketul2 tetapi bukan darah haid, kerana keluarnya hanya ketika aku mandi.

Rakan2 serumah yang sedar akan kesakitan aku memujuk aku untuk pulang ke kampung. Kebetulan akan ada majlis di rumahku ketika itu. Entah mengapa, mimpi itu hilang dari fikiran ku. Dan entah mengapa aku ringan mulut bercerita tentang kesakitan ku kepada ibu. Ibu mula khuatir.

Suatu malam sebelum majlis aku, ayah memanggil aku, meminta aku duduk di sebelahnya. Ayah aku merupakan pengamal perubatan tradisional. Ketika itu ayah baru selesai solat maghrib. Ayah tanya tentang kesihatan aku dan tiba2 bertanya sama ada aku ada bermimpi yang aneh atau tidak. Aku dengan ringan mulut bercerita. Ayah dan mak mengucap panjang. Tanpa berkata apa2 ayah terus mengubatku. Ketika itu aku keliru dan sekadar berdiam diri.

Setelah selesai, aku bertanya pada ayah. Ayah kata, Kak A yang sebilik dengan ku ada di bekalkan 'pendamping' jin Islam (kalau x silap, aku lupa) oleh neneknya untuk menjaga Kak A. Pendamping itu diberi arahan untuk tinggal dibilik kami supaya dapat selalu menemani Kak A sekaligus menemani aku. Oleh kerana Kak A jarang ada di bilik kami, pendamping itu beralih arah pada aku dan mula suka pada aku. Lelaki yang hadir dalam mimpi aku itulah pendamping tersebut. Aku mengucap panjang. Ayah kata, ada kemungkinan mimpi2 aku benar2 terjadi di alam ghaib. Beerti aku dah menikah dengannya.

Malam itu aku sihat. Keesokan paginya ketika aku berkemas untuk majlis kakak aku hari itu aku tiba2 sakit perut yang terlampau. Ibu memegang perut aku dan membacakan ayat2 suci al-Quran hingga aku tiba2 menangis dan muntah. Sepanjang hari itu aku kembali sihat. Namun pada waktu malam aku tiba2 diserang sakit pinggang sehingga aku berjalan dalam keadaan membongkok. Ayah mengubatku lagi. Ketika tangan ayah memegang pinggangku, aq rasa ada sesuatu yang menggigit kulit aku. Dan setelah itu, sakit pinggang aku hilang serta merta. Kata ayah, ada 'nenek' datang menjenguk aku. Menumpang tubuh aku kerna marah pada ayah yang memisahkan pendampingnya dengan aku.

Beberapa hari kemudian, ayah menghantar aku ke terminal bas untuk pulang ke kolej. Ayah berpesan kepada aku supaya jangan tinggal solat dan kerapkan mengaji. Aku hanya mengangguk. Ketika aku mencium pipi ayah, ayah berbisik, "dia sayang H, dia minta izin untuk tengok H dari jauh, tapi dia dah janji tak ganggu H lagi dengan syarat H jaga solat." Aku tergamam. Ayah hanya tersenyum. Aku kemudiannya melangkah pergi.

Sejak hari itu aku jaga solat. Aku mula menjaga setiap inci aurat ku. Aku tak lagi kerap tidur petang. Semester ketiga, asrama ku di rombak, aku tak lagi tinggal bersama Kak A. Pelbagai cerita seram aku dengar dari rakan yang tinggal serumah dengan Kak A pula hinggalah akhirnya Kak A berhenti kolej. Gangguan yang dialami berakhir setakat itu.

Namun semenjak peristiwa itu, aku mula sukar mendapat pasangan lelaki sehinggalah sekarang. Di dalam gurau ayah katakan bahawa ada yang menghalang aku bercinta. Aku faham maksud ayah. Semasa aku semester 4 aku ada bermimpi. Seorang lelaki melambai aku dari jauh, aku datang menghampirinya, dia tersenyum. Dia menghulur sebuah bungkusan berwarna putih sambil mengatakan bahawa bungkusan tersebut adalah kiriman dari seseorang. Aku mendesak dan akhirnya dia menuding ke satu arah, seorang lelaki sedang tersenyum padaku dari jauh. Aku kemudiannya berlalu, setelah sampai di rumah, aku membuka bungkusan tersebut. Sebuah al-Quran berwarna hitan dengan tulisan emas beserta nota, "ini mahar untukmu". Setelah itu aku terus terjaga. Aku terus menangis. Entah kenapa aku merasa kehilangan. Mimpi itu aku rahsiakan dari ayah...

TAMAT

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment