Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

03 September 2012

Game, Kopi dan Cinta di Dalam Gelas !!



Assalamualaikum!!
Post ni di publish selepas aku telah berjaya membuat mata aku tak nak lelap. Ni semua gara-gara download game and Cinta di Dalam Gelas !! Ceritanya begini, tadi petang aku rasa letih, aku nak tidur tapi TOSHIBA kesayangan telah menggoda aku dan secara tak sengaja broadband pun tiba-tiba muncul di tangan aku. Aku pun online la dengan ‘TAK SENGAJA’. Aku tak online Mukabuku, sekadar bace blog-blog korang yang sangat memikat hati tuuuu.
            Tengah best online, Si Lanun ButaHati bagi aku satu link untuk download game. Aku pun dengan gatalnya download lah satu game ni. Broadband pulak line ‘SUPERLAJU’ sampai aku rasa nak hempuk kat dinding. Tapi dengan penuh kesabaran dan keimanan (kononnya) aku pun tunggu jelah. Aku sanggup tak tidur untuk melangsaikan rasa penat dan mengantuk. Aku sempat mandi dulu barulah game tu abis di download. Lebih kurang pukul 8.20 pm. Then, dengan excitednya aku try install setup game tu. And know what?? TAK BOLEH INSTALL !!! Hangin !!!

            Aku terus shut down ‘toshi’, bagi dia rehat jap. Pastu aku baring berguling-guling dengan harapan dapat tidur awal. Tiba-tiba novel Cinta Di Dalam Gelas boleh lah pulak baring kat sebelah aku jugak. Ish, kenapalah si Andrea Hirata ni karang novel yang selalu je mampu menggoda naluri minah novel aku?? (kadang aku meluat nak baca novel cinta, tapi lau novel Andrea Hirata always berkenan kat hati). Andrea Hirata ni penulis novel Lasykar Pelangi tau. Ada dua tiga sebab yang buat aku berminat sangat baca novel dia ni. First, cara penulisan Andrea Hirata tersangatlah santai, bersahaja dan lucu. Second, aku memang sukakan pembacaan yang boleh buat aku membayangkan situasinya (Andrea Hirata selalu mampu kuasai halusinasi aku). Third, aku memang suka baca novel yang tak kan dipinjam oleh orang lain. Sebab novel ni ditulis oleh Indonesian. Bukan kedekut cumanya aku nak kesukaan yang berbentuk privasi (bahasa aku hancur). ==’
cinta di dalam gelas kopi ~~

            Nak dijadikan cerita, dalam novel tu ada tertulis pasal kopi !! MY FAVOURITE !! Lalu, dengan secara tak sengajanya perut aku berkeroncong irama hard rock. Then aku pun bangun, amik mee segera, jerang air, bancuh white coffee, duduk kat meja study, makan mee, menikmati white coffee yang super pekat, buka ‘toshi’, DAN mata aku membulat secara spontan !!! Terima kasih diucapkan kepada Cinta Di Dalam Gelas !!! Kopi !! Game yang kuajo !! (bejaman aku download tau tak !!)



tayang toshi sejenak XD
                                                                                     

MORAL OF THE STORY : jangan download game kat memane yang kita tatau ley pecaye ato tak and jangan pandang novel Andrea Hirata kalau dah ade niat nak tidur !! =..=

2 comments: