Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

29 December 2014

What Am I Test ~~



Assalamualaikum !!
hey peeps !!
Korang suka jawab test?
Okey bukan formal test.
Pujangga ada jumpa satu web yang menyediakan macam-macam test yang menyeronokkan untuk dijawab.
Oleh kerana musim tengkujuh ni tak dapat nak keluar rumah kan. So, meh la kita jawab test2 ni. Dari tadi macam-macam test da Pujangga jawab. Rasa nak tergelak pun ada. Ada test yang soalannya buat Pujangga berangan and siap tanya dalam banyak-banyak dunia fantasi, dunia apa yang Pujangga nak hidup di dalamnya. Jawapan Pujangga...... RAHSIA 

Antara test yang Pujangga dah jawab ialah 


haha.. result nya tak boleh lah nak bagi tau korang. maluuuu~~ 
yang ni pulak contoh soalan dan result test.




haaaa apa lagi?? bosan?? try laaa~~
ni link nye..
ok daaaaaaa~~

22 December 2014

Resepi Sambal Kicap


✿ Assalamuaikum ✿

Hey peeps. Hari ni tangan menggatal nak share resepi. Pujangga tau dan faham, korang mesti lagi expert bab sambal kicap kan? X kesah lah tu. Resepi yang Pujangga nak share ni satu2 nya resepi sambal kicap yang Pujangga suka, ala ala Johorean. Maklum le Pujangga ni kan 100% orang Johor. Kalau buat sambal kicap ni, makan ape2 pun dengan sambal kicap. Keropok, goreng2 (tempe, tauhu, pisang, keladi, keledek), sup2, bubur nasi, mee goreng, karipap, roti sambal dan sebagainya, semua nak makan dengan sambal kicap.
Dulu masa zaman Pujangga belajar, tersiksa jiwa raga nak cari sambal kicap macam yang Pujangga suka. Kat negeri tu, diorang buat sambal kicap masam (guna cili jeruk mungkin). Ok. Ni resepi nya.

Cili hidup
Kicap manis Jalen
Bawang putih (mentah @ dibakar seketika)
Gula pasir

1. Tumbuk atau kisar bawang putih. Dah lumat, masukkan cili dan gula pasir. Tumbuk atau kisar lagi hingga lumat. (tumbuk lagi sedap, kuantiti cili agak2 la ikut selera korang.)
2. Masukkan kicap.

SIAP !!!!
Simple kan? Macam sengal2 je resepi ni. Tapi try la~~ yummy. Ohye, bawang putih tu jangan terlalu banyak tau~~



posted from Bloggeroid

29 October 2014

Shoutbox ~~


Assalamualaikum !!

Korang nampak kan Shoutbox kat sebelah kanan ni??
Pujangga nak korang shout korang punye website URL supaye Pujangga bole follow mollow gitu ~~
Nak cakap tu je.
hehe 

Cute Emoticons ~~


Assalamualaikum !! 

Korang suka emoticon cecomel loteh sangat yang amat???
Pujangga nak suggest satu website ni.
emoticon kat sini buat Pujangga meleleh airliur sebab emoticons nye cute sesangat.

geram tengok !!!

28 October 2014

Masa Lalu :: Wrestling ~~


✿ Assalamualaikum ✿


Hai korang !! Hari ni Pujangga nak story morry pasal masa lalu Pujangga yang berkaitan wrestling. Korang tau wrestling? alaaa yang WWE tu ~~

Ayah Pujangga seorang peminat tegar Wrestling. Pujangga tak tau sejak bila, yang pasti Pujangga memang membesar dengan mengadap natang wrestling ni la. Koleksi vcd dan dvd wrestling ayah, tak payah cerita banyak nya !! Dan kebanyakannya dah jadi abu dalam perunan (yg ni keje mak).

Dah nama pun membesar dengan mengadap wrestling, tipu lah kalau kitorang tak terikut dengan perangai para wrestler tu kan? Memang terikut sangat2 !! Kami adik beradik, kalau gurau memang kasar, siap bertumbuk segala (masih sampai sekarang). Sebelum Pujangga story lagi jauh, ni gambar wrestler yang Pujangga minat. Ni yang latest la.. Pujangga ni lalang, lau Cena menang sokong Cena, lau Undertaker menang sokong Undertaker. Gitu lah sampai sekarang. Antara nama2 wrestler yang Pujangga pernah minat dan masih minat, Undertaker (zaman dia rambut pendek n bwa motor besar tu), John Cena, Rey Mysterio, Rob Van Dam, Brock Lesner, Batista, Shawn Micheal, Triple H, Randy Orton dan ramai lagi lah yang masa kecik2 Pujangga tak tau nak sebut nama diorang so Pujangga bagi gelaran untuk diorang(org ulat, org meja, dsb).






Nak dijadikan cerita, Pujangga ada sorang abang. Dia ni abang sulong dan satu2nya abang yang Pujangga ada (kira dia paling bekuasa la time kecik2). Dia ni suka sangat praktikkan wrestling's move kat adik2 dia iaitu Pujangga, 3 org kakak dan 3 org adik Pujangga. Semua sekali 7 orang. Memang seronok lah dia mengerjakan kitorang. Menderita weh !!!! Ni contoh move yang kitorang dah pernah rasa..














Sakit beb !!! DONT EVER TRY THIS !! Kesian pada yang kena macam ni. Teraniaya tau. But, sebab ni juga lah kitorang adik beradik jadi TOUGH ~~~~


✿ thanks Abang

posted from Bloggeroid

27 October 2014

The Liebster Award by Athirah Amri ~~


Assalamualaikum !!

Hey stalkers~~ haha tapayah nak stalkers sangat lah agaknye kan~ mende ape tu The Liebster Award?? Nak citer banyak pun Pujangga malas. Kita jawab dulu soalan dari Miss Athirah Amri. Ohya. Btw, thanks dear for your questions~~ :)


1. Anda sedang belajar atau bekerja dalam bidang apa?
- Masa menaip jawapan ni Pujangga seorang penganggur. Pujangga baru je grad dalam bidang kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka. Sebelum ni Pujangga ada kerja suka2 di kedai handphone tapi atas faktor kesihatan, terpaksa berhenti kerja but still searching for job. Sedih sangat2.. :'( (Mohon doakan kesembuhan Pujangga)

2. Kata-kata hikmah yang anda pegang sebagai penguat semangat sehingga ke hari ini.
- Banyak. Antaranya kata-kata dari arwah atok (al-Fatihah), Biar orang pandang kita bodoh. Kata-kata ni ajar Pujangga satu sikap rendah diri yang sangat tinggi. Bukan bermakna kita kena acted macam orang bodoh tapi sebenarnya maksud kata-kata tu ialah janganlah kita tunjuk pandai atau belagak pandai. Bersederhana. Gitu loh. 

3. Sebutkan satu hobi anda. Kenapa?
- Tidur !! Sebenarnya hobi Pujangga banyak sangat yang teramat (lau banyak tu still hobi namenye ke??). Tapi tidur ni kira yang paling fav lah. Hobi ni start bila Pujangga mula sambung diploma kat Kuim. Terlalu, lalu, lalu, lalu banyak sangat masa terluang sampaikan tade bende lain dah yang boleh dibuat selain tidur. Lagipun Pujangga memang orang yang sangat2 mencintai rumah, so, aktiviti indoor memang sangat2 Pujangga suka. So, Jom tidur !!!

4. Nyatakan satu pengalaman dimana sehingga ke hari ini anda tak pernah lupa?
- Banyak sangat pengalaman yang Pujangga tak pernah lupa. Tak Tahu nak tulis yang mana tapi yang pasti Childhood Memories la. Masam manis pahit payau semua ada.

5. Apa yang anda buat apabila anda suka pada seseorang?
- Selalu stalk laman sosial dia !!! haha soalan ni buat Pujangga senyum sorang2. Malu nak jawab. Dan kalau dia jenis yang rapat dengan Pujangga, Pujangga akan selalu re-read our old text or chat. hehe. Dan, dan, dan selalu usya dia dari jauh !!!!!!

6. Anda suka melancong? tempat mana yang anda impikan untuk pergi?
- Tak suka melancong but the answer is ........................... Paris ~~
Kidding !! Pujangga teringin sangat nak travel ke seluruh Indonesia dan nak cari semua kawan2 Pujangga yang berasal dari sane. Rindu diorang.

7. Cadangkan satu tempat yang anda rasa berbaloi untuk dilawati, sebab?
- Lawati lah hati kuuu~~~
hahaha tak de jawapan sebab Pujangga tak tau nak jawab ape~~

8. Siapa yang mendorong anda untuk buat blog? dan blog anda berkaitan apa?
- Diri sendiri sebagai pendorong utama. Blog Pujangga ni berkaitan apa yang Pujangga pandang, dengar dan nilai. Sebab tu namenye CeriteraMataHati~~

9. Apakah cita-cita anda yang anda rasa mustahil nak dapat, tapi anda berjaya dapatkannya?
- Hampir semua cita-cita Pujangga rasa mustahil nak dapat dan so far semuanya belum dapat Pujangga capai..... oh, oh, oh ada 1 !! Anugerah Naib Canselor. yeah. Itu salah satu impian Pujangga masa belajar dulu yang dah jadi kenyataan. :)


10. Sebutkan makanan kegemaran anda?
- Semua jenis sup, tempe, semua jenis bubur dan makanan yang berkuah (kecuali kari). Paling penting !! Makanan tu dimasak oleh mak Pujangga.

11. Anda rasa blog saya ni menarik?
- Ya, Miss Athirah Amri . Blog awak menarik sebab simple dan pengisiannya best ~~ :)
Kite dah follow blog awak. Follow kite balik ~~



Done !!
Nanti Pujangga post pasal ape kebendenye The Liebster Award tu keh..
tata
Assalamualaikum.

21 October 2014

Cerita Mistik 3 : Siapa Di Dapur ?


✿ Assalamualaikum w.b.t ✿

Holla !! korang !! korang !! korang !! cuba tengok ada siapa kat dapur korang !! haha.. Hari ni Pujangga nak tampal cerita mistik pasal dapur pulak. Silakan baca ~~


Aku anak lelaki sulung. Aku tinggal bersama kedua orang tua aku. Kebiasaan aku setiap malam tidur di ruang tamu di hadapan televisyen. Bahagian dapur adalah ruangan yang bersambung dengan ruang tamu. Jika aku duduk menonton televisyen, bermakna aku akan membelakangkan dapur. Sekiranya aku menoleh, perkara pertama yang aku akan nampak ialah sinki.

Pada suatu malam aku menonton tv sorang-sorang. Seluruh ahli keluarga sudah tidur. Entah bila aku tertidur, sedar2 jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Posisi aku ketika itu meniarap sambil kepala menoleh ke arah tv. Aku sekadar mencapai handphone untuk melihat jam dan kemudian cuba melelapkan mata. Tiba2 aku terdengar bunyi seolah-olah ada yang mengais plastik sampah.

Perlahan2 aku menoleh. Alangkah terkejut nya aku apabila melihat 'benda' yang sedang mengais plastik sampah di sebelah sinki itu. Seekor lembaga berambut panjang, dengan baju compang camping, membelakangkan aku, mengais plastik sampah, dan mendengus seolah2 sedang melahap makanan. Lembaga tersebut hanya sebahagian, dari kepala ke pinggang.

Sementara, di atas sinki, sebahagian laki tubuh lembaga tersebut (dari pinggang ke kaki) sedang duduk menggoyang kaki betul2 menghadap aku. Aku tergamam. Seluruh tubuh bergetar. Aku cuba membaca ayat2 suci yang entah sudah tunggang langgang. Aku buntu nak buat apa. Akhirnya, aku kembali memandang ke tv, dan entah pukul berapa aku tertidur.

Bangun pagi. Dapur kotor. Makanan semua nya basi walaupun nampak tak terusik. Sejak kejadian tu, aku tak berani lagi tidur di ruang tamu ~~~

Setelah seminggu kejadian tersebut, aku dapat tahu ada penduduk kampung yang memiliki saka cuba berubat. Saka nya berdegil tidak mahu meninggalkan tuan nya lalu pengamal perubatan tradisional di kampung ku memotong tubuh saka tersebut. Entah lah. Alam ghaib. Aku pun tak tahu ~~

posted from Bloggeroid