Welcom Sweetie !!!


Flying without Wings ^(O.O)^

21 October 2014

Cerita Mistik 3 : Siapa Di Dapur ?


✿ Assalamualaikum w.b.t ✿

Holla !! korang !! korang !! korang !! cuba tengok ada siapa kat dapur korang !! haha.. Hari ni Pujangga nak tampal cerita mistik pasal dapur pulak. Silakan baca ~~


Aku anak lelaki sulung. Aku tinggal bersama kedua orang tua aku. Kebiasaan aku setiap malam tidur di ruang tamu di hadapan televisyen. Bahagian dapur adalah ruangan yang bersambung dengan ruang tamu. Jika aku duduk menonton televisyen, bermakna aku akan membelakangkan dapur. Sekiranya aku menoleh, perkara pertama yang aku akan nampak ialah sinki.

Pada suatu malam aku menonton tv sorang-sorang. Seluruh ahli keluarga sudah tidur. Entah bila aku tertidur, sedar2 jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Posisi aku ketika itu meniarap sambil kepala menoleh ke arah tv. Aku sekadar mencapai handphone untuk melihat jam dan kemudian cuba melelapkan mata. Tiba2 aku terdengar bunyi seolah-olah ada yang mengais plastik sampah.

Perlahan2 aku menoleh. Alangkah terkejut nya aku apabila melihat 'benda' yang sedang mengais plastik sampah di sebelah sinki itu. Seekor lembaga berambut panjang, dengan baju compang camping, membelakangkan aku, mengais plastik sampah, dan mendengus seolah2 sedang melahap makanan. Lembaga tersebut hanya sebahagian, dari kepala ke pinggang.

Sementara, di atas sinki, sebahagian laki tubuh lembaga tersebut (dari pinggang ke kaki) sedang duduk menggoyang kaki betul2 menghadap aku. Aku tergamam. Seluruh tubuh bergetar. Aku cuba membaca ayat2 suci yang entah sudah tunggang langgang. Aku buntu nak buat apa. Akhirnya, aku kembali memandang ke tv, dan entah pukul berapa aku tertidur.

Bangun pagi. Dapur kotor. Makanan semua nya basi walaupun nampak tak terusik. Sejak kejadian tu, aku tak berani lagi tidur di ruang tamu ~~~

Setelah seminggu kejadian tersebut, aku dapat tahu ada penduduk kampung yang memiliki saka cuba berubat. Saka nya berdegil tidak mahu meninggalkan tuan nya lalu pengamal perubatan tradisional di kampung ku memotong tubuh saka tersebut. Entah lah. Alam ghaib. Aku pun tak tahu ~~

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment