Alhamdulillah, akhirnya Pujangga dah berjaya juga menjejakkan kaki ke semester 6 sebagai pelajar Diploma Kaunseling. Proud !! (^oo^) haha.
Semester ni subjek yang perlu Pujangga hadap tak lah berat sangat, cuma memerlukan ideologi yang kritis.
Tu yang rasa macam lemau sikit.
Maklumlah pemikiran Pujangga ni bukannya kritis sangat, kalau kritik mungkin la kot.
Antara tajuk assignment yang Pujangga dapat ialah Nikah Misyar, Syiah dan Fahaman Wahabi.
Ada dua tajuk Assignment yang agak berat dan memerlukan pemikiran kritis serta agak susah mendapatkan rujukan bercetak di Malaysia ni iaitu Nikah Misyar dan Fahaman Wahabi.
Bagi tajuk Syiah pula, Alhamdulillah, maklumlah isu tengah 'hot stuff' di pasaran. (maaf ayat agak merapu).
Siapa tahu apa tu Nikah Misyar? Rata-rata orang yang Pujangga tanya hanya mampu jawab yang diorang tak pernah dengar Nikah Misyar tu apa. In shaa Allah Pujangga akan post berkaitan isu Nikah Misyar ni bila Assignment Pujangga siap nanti. Semoga bermanfaat, walaupun mungkin kupasannya sekadar cebisan ilmu di mata anda. In shaa Allah. Bagi orang-orang yang tahu tentang Nikah Misyar ni pula, majoriti menolak pernikahan jenis ini (terutama wanita). Kenapa?? In shaa Allah akan ada post yang berkaitan nanti. Oh ye, dalam ramai-ramai yang menolak, masih ada yang menerima Nikah Misyar ini. Siapa? Akan Pujangga jelaskan nanti di post yang akan datang.. hehe
Bagi isu fahaman Wahabi pula, terlalu banyak pertentangan tentang fahaman ni. Ada yang terlalu menyokong sehingga terlihat obses dan ada pula yang menolak sehingga ternampak prejudis. Secara jujurnya, Pujangga berusaha untuk melihat isu ini secara adil dan telus tapi dari hasil pembacaan menjadikan Pujangga hilang nafsu makan dan jadi malas berfikir. Kenapa? Tak ada 1 fakta pun yang betul-betul Pujangga berani nak percaya. Terlalu banyak pertentangan, percanggahan dan perbezaan pendapat. Malahan bila Pujangga baca artikel di laman sesawang (padahal sudah di pesan jangan rujuk internet!!), ada sesetengah pihak di Malaysia, menggunakan isu ini untuk blame orang dan mengkafirkan antara satu sama lain. Dan yang paling jelas, tersangat amat berbaur politik. Baiklah, Pujangga ini masih anak kecil, sila tunjukkan kepada Pujangga contoh yang baik. Kalau sampai tahap ada yang mengkafirkan ulama, adakah itu contoh yang baik kepada generasi muda seperti Pujangga ini?? (hufft) In shaa Allah Pujangga akan post juga hasil assignment Pujangga nanti..
Wallahualam.
Pujangga menulis bukan untuk dikritik.
Assalamualaikum.
Sang Pujangga Perosak Jiwa
No comments:
Post a Comment