Assalamualaikum
Ini Assignment subjek Komunikasi SppJ semester 2.. haha not too good and maybe not too bad too. So, ambil lah jika bermanfaat~~ :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN
Komunikasi
mula dikaji secara saintifik bermula pada tahun 1920-an apabila Walter Lippman
menjalankan kajian pendapat awam. Pada tahun 1940-an, terdapat banyak kajian
yang berasaskan kaedah saintifik seperti yang dilakukan oleh Carl Hovland
tentang perubahan sikap, Kurt Lewin tentang ciri-ciri dan interaksi kumpulan,
dan Clende Shannon pula mengemukakan teori maklumat. Usaha Charles Osgood yang
cuba mencari alat ukuran kefahaman makna sesuatu utusan pula terdapat pada
tahun 1950-an.
Kajian seterusnya dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji daripada berbagai-bagai bidang yang berminat dalam aspek
komunikasi antara manusia. Pengkaji-pengkaji komunikasi yang datang daripada
pelbagai disiplin ilmu mengkaji komunikasi dari sudut pandangan pengkhususan
ilmu mereka. Ahli sains politik berminat untuk mengkaji bagaimana komunikasi
boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai mengundi sesuatu parti politik.
Ahli sosiologi berminat untuk mengkaji bagaimana komunikasi boleh digunakan
untuk mengubah sistem nilai sesebuah masyarakat. Ahli ekonomi pula berminat
menggunakan kaedah komunikasi untuk menjual barangan kepada pengguna. Dari masa
ke semasa,teori dan kaedah penyelidikan yang pada mulanya dipinjam daripada
bidang-bidang lain untuk dijadikan asas kajian komunikasi, lama-kelamaan telah
mantap untuk muncul sebagai teori-teori komunikasi yang tersendiri.
Komunikasi antara manusia merupakan
satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan manusia. Manusia perlu
berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kepada orang lain. Manusia
tidak dapat hidup bersendirian tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa
kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kepada orang lain, manusia
mungkin merasakan kekurangan dalam hidupnya.
Komunikasi berasal dari perkataan
bahasa Inggeris iaitu communication.
Istilah Inggeris ini pula berasal dari perkataan Latin iaitu “communcare” yang bermaksud “to make common” atau mewujudkan
persamaan. Berasaskan takrifan asas komunikasi yang sedemikian
pengkaji-pengkaji komunikasi telah memberi takrifan berdasarkan maksud dan
tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Penyelidikan komunikasi ini telah
dikendalikan oleh pengkaji-pengkaji dari pelbagai bidang. Oleh itu, takrifan
mereka terhadap komunikasi juga dipengaruhi oleh bidang yang pelbagai.
Menurut France E.X Dance, terdapat 98 takrifan
komunikasi, tetapi ianya dibahagikan kepada 4 kategori iaitu takrifan yang
menekankan penyebaran atau pengiriman, takrifan yang menekankan perkongsian
makna, takrifan yang menekankan pembujukan, dan seterusnya, takrifan yang
menekankan aspek tingkah laku. Takrifan yang menekankan penyebaran telah
dinyatakan antaranya ialah oleh Theodorson &Theodorson (1969), “komunikasi
adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seorang
individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan
simbol”.
Wilbur Schram (1971) pula menyatakan
takrifan, “komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi
terhadap satu set isyarat maklumat. Takrifan ini menjelaskan takrifan yang
menekankan perkongsian makna. Seterusnya, ialah takrifan yang menekankan
pembujukan. Carl Holand (1953), mentakrifkan “komunikasi sebagai proses
penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain”.
Charles Osgood (1954) pula menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila satu
sistem atau sumber cuba mempengaruhi sasarannya, dengan memanipulasikan
beberapa simbol alternative, yang boleh disampaikan melalui saluran yang
mennghubungkan mereka.
Selanjutnya
ialah takrifan yang menekankan aspek tingkah laku. Komunikasi dianggap sebagai
satu tingkah laku oleh Carter (1973). Ini bermaksud apabila individu
berkomunikasi, ia berusaha untuk mencari maklumat yang boleh digunakan bagi
mengatasi permasalahan yang dihadapinya supaya ia mempunyai satu gambaran yang
lebih tepat tentang alam persekitaran yang perlu dihadapi.
KOMUNIKASI
MEMBERITAHU
Fungsi
dalam komunikasi terdapat 4 jenis iaitu fungsi memberitahu, mendidik, membujuk
dan menghibur. Fungsi yang pertama yang
ingin kami terangkan mengenai fungsi memberitahu. Fungsi ini merupakan fungsi
yang terawal digunakan oleh manusia.
Pada
hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi internet yang
juga bertujuan memberitahu. Berita yang disampaikan di akhbar, radio dan
televisyen bertujuan memberitahu khalayak tentang perkembangan semasa. Fungsi
ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam
kehidupan manusia. Fungsi ini bertujuan memberitahu orang lain tentang sesuatu
perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat
banyak contoh komunikasi yang
menjalankan fungsi memberitahu. Contohnya, papan tanda seperti “DILARANG
MEROKOK”, “SILA BERATUR”, “IKUT KIRI” dan sebagainya. Fungsi memberitahu ini
menumpukan perhatian kepada penyampai atau sumber maklumat. Penyampaian mesej
bertujuan untuk memberitahu.
Fungsi seperti ini juga dapat menumpukan kepada
penyampai atau sumber maklumat. Pengucap berhasrat untuk memberitahu sesuatu
maklumat, sesuatu perkara atau fenomena kepada pendengarnya. Di samping itu,
pengucap hanya ingin mengubah tahap pengetahuan atau pemahaman pendengarnya, yang
dari permulaannya tidak tahu dan kemudiannya akan menjadi tahu sedikit atau
ianya akan memahami dengan lebih mendalam akan sesuatu perkara. Ucapan jenis
ini juga ada kalanya disebut ucapan pemberitahuan atau pemakluman.
Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu, reaksi
yang diterima tidak begitu penting. Ianya sering dibuat dengan berulang kali.
Terdapat banyak contoh ucapan seperti ini sebagai contoh kuliah, ceramah,
syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat dan sebagainya. Ucapan seperti
ini terdapat ramai yang akan jadi pendengar dan pemerhati. Ini sekali gus,
dapat menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan ucapan.
Sesungguhnya,
maklumat adalah sesuatu yang amat penting dalam memperolehi ilmu dalam
kehidupan kita. Setiap orang memerlukan maklumat dalam menguruskan kehidupan
seharian. Maklumat penting kerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir.
Ini kemudiannya akan mendorong seseorang membuat keputusan tentang sesuatu isu
dan akan memungkinkan tindakan diambil. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk
seseorang membuat keputusan. Sebagai contoh, pesanan-pesanan penyampai dalam
rancangan-rancangan di radio yang memberitahu tentang keadaan jalan raya di
bandaraya. Seseorang yang dalam perjalanan pulang dari kerja akan berpeluang
membuat keputusan untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya
tersebut.
Berdasarkan contoh tadi, komunikasi
juga memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan maklumat. Melalui
proses komunikasi, maklumat disebarkan secara berterusan dan dikongsi bersama
oleh penyampai dan penerima untuk membentuk persefahaman. Namun, kita harus
memastikan bahawa maklumat yang disampaikan perlu difahami oleh penerima. Jika
tidak, ia bukanlah komunikasi yang berkesan.
KOMUNIKASI PENDIDIKAN
Bidang pendidikan tidak boleh
berjalan tanpa sokongan dari komunikasi. Dengan ini, pendidikan hanya
boleh berjalan melalui komunikasi. Bagaimanapun
berkemungkinan mendidik, mengajar dan
memberi kuliah kepada masyarakat tanpa
berkomunikasi sangat sukar kerana pendidikan memerlukan komunikasi kerana
komunikasi sangat penting dengan perkara yang ingin disampaikannya.
Di samping
itu, Komunikasi pendidikan berfungsi sebagai memberi keterangan, memberi data
atau fakta yang berguna bagi setiap aspek kehidupan manusia. Seterusnya,
komunikasi juga berfungsi untuk mendidik masyarakat supaya menuju kearah
pencapaian dalam bidang ilmu untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
komunikasi pendidikan merupakan kegiatan untuk mengetahui,
melaksanakan, menyelesaikan atau memahami suatu masalah yang dihadapi oleh
masyarakat secara umum dan secara khusus. Contohnya, komunikasi pendidikan
secara informasi, nilai-nilai, dan norma sosial dari suatu generasi ke generasi
lain jika dilakukan melalui ceramah, penerangan, atau dalam bentuk hiburan yang
dapat mendidik dengan baik melalui media massa merupakan sebagai komunikasi
pendidikan secara umum.
Manakala komunikasi pendidikan informasi,
nilai-nilai, dan norma sosial dari suatu generasi ke generasi lain dilakukan
melalui secara klasikal di sekolah-sekolah, pengajian tinggi, atau tempat
kursus-kursus pengajian merupakan komunikasi pendidikan secara khusus.
Selanjutnya, menurut Harol D. Lasswell Komunikasi
Pendidikan merupakan fungsi komunikasi untuk mengumpulkan dan menyebarkan
informasi mengenai kejadian dalam suatu lingkungan melalui media massa dan
berita.
Bagi pendapat Onong Uchjana Effendi pula menekankan
pendidikan itu terjadi secara berdepan
samaada di dalam kelas atau di luar kelas. Hal ini dapat dilihat pada pendapat
berikutnya bahwa perbezaan antara komunikasi dan pendidikan terletak pada
tujuan yang diharapkan. Dengan ini, tinjauan yang diharapkan itu dapat
mengetahui sesuatu perkara sehingga dapat menguasainya.
Selain itu
komuniksi pendidikan dapat ditingkatkan dengan cara mendengar, membaca dan berkomunikasi.
Contohnya sekiranya seseorang pelajar itu berasal dari luar Negara kemudian
mereka datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran secara tidak langsung
mereka perlu belajar cara masyarakat Malaysia berkomunikasi. Bahkan mereka
perlu lebih membaca untuk memahami sesuatu bahasa dan dengan cara mendengar
juga boleh membuatkan mereka itu lebih peka akan keadaan persekitaran supaya
dapat memahami apa yang ingin dipelajarinya.
Komunikasi pendidikan merupakan satu proses
penyampaian suatu bahan dari pengajar, guru dan pensyarah dianggap sebagai (penyampai).
Manakala kepada para pelajar, murid, Mahasiswa dan Mahasiswi dianggap sebagai (penerima)
dimana komunikasi pendidikan harus terjadi secara berdepan atau tatap muka (face
to face) dan diantara dua arah yang bertentangan (two way communication).
Hal ini, supaya penerima dapat lebih memahami
sesuatu maklumat yang telah disampaikan oleh penyampai dan komunikasi ini tidak
akan tercapai jika penerima tidak mengetahuinya. Tujuan penyampai memberikan
maklumat kepada penerima agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang tentang
sesuatu perkara. Kejayaan mendidik
ini bergantung pada sejauh mana
seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada
pendedahannya terhadap maklumat yang diterima.
Oleh itu, secara
keseluruhannya komunikasi pendidikan dapat memberikan informasi
kepada masyarakat dengan menghiburkan, mendidik dan mempengaruhi masyarakat
supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih baik dan
berfikiran waras dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar pada era
globalisasi ini.
KOMUNIKASI MEMBUJUK
Fungsi
ini mula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas perang dunia pertama
iaitu apabila tentera jerman menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya.
Tujuan fungsi ini juga adalah untuk mengubah sikap,persepsi dan tingkah laku
orang ramai. Pengguna fungsi membujuk ini tidak terhad kepada menyebarkan
maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi seseorang individu
itu,atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Biasanya fakta maklumat
yang disampaikan tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan.
Komunikasi membujuk ialah terdapat pengucap yang berhasrat
untuk mempengaruhi audiens supaya akur atau bersetuju dengan usul atau cadangan
yang dikemukakannya. Dengan kata lain,pengucap mahu mengubah audiensnya dari
sudut kepercayaan,sikap,atau pun perlakuan. Antara contoh-contoh ucapan yang
tergolong dalam jenis ini ialah seperti kempen politik,kempen keselamatan jalan
raya, anti-dadah, kempen kebersihan, kempen jurujual, kempen berhenti merokok
dan sebagainya.
Di samping itu, dalam kempen beli barangan batan
Malaysia,pengucap pada awalnya mahu mengubah kepercayaan audiensnya dari pada
tidak percaya kepada percaya dan yakin akan kebaikan kualiti barangan buatan
tempatan tersebut. Kemudian pengucap berhasrat pula mengubah sikap audiens dari
sikap tidak suka kepada sukakan barangan tersebut. Ada kalanya pengucap
bertujuan untuk mengubah ketiga-tiga aspek tadi,iaitu kepercayaan,sikap dan
perlakuan audiensnya.
Seterusnya, ada juga pada ketikanya pengucap hanya
mahu mengubah satu aspek dalam satu masa. Ini bergantung kepada isu dan juga
keadaan psikologi audiensnya. Ucapan jenis ini dikenali juga dengan nama ucapan
pembujukan.
Komunikasi juga memainkan peranan yang
sangat penting dalam didalam proses pembujukan. Namun pembujukan bukanlah
bermakna bahawa dengan menggunakan komunikasi kita dengan mudah dapat memujuk
orang lain atau pun orang ramai. Jika dirujuk, melalui buku-buku yang ditulis
dalam bidang sosial, kita akan dapati tidak semua orang boleh memujuk atau
dipujuk untuk mengubahsikap mreka.
Selain daripada memberitahu, komunikasi
juga digunakan untuk menawan hati dan fikiran orang ramai. Kebanyakan contoh
pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklan-iklan dank lip-klip video yang
disebarkan di media. Anda pasti selalu melihat iklan di akhbar dan televisyen
serta mendengarnya melalui radio.
Tujuan utama iklan adalah untuk
mempengaruhi kita membeli barangan-barangan yang diiklankan. Pembujukan bukan
hanya menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi dan menawan perasaan
seta emosi khalayak sasaran mereka. Adakala maklumat sengaja ditambah-tambah
bagi mencapai tujuan tersebut. Contohnya,iklan pencuci muka menggunakan seorang
bintang filem wanita yang diminati ramai.
Di samping itu, Mesej iklan ialah jika
dia menggunakan ubat pencuci mukabaru itu maka kulitnya akan akan kelihatan
cantik dan nampak menawan. Dalam contoh iklan ini,emosi memainkan peranan
penting. Untuk kelihatan menawan,mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah
supaya pembeli membeli produk tetapi mainan emosi dijadikan modal pembujukan
dalam mesej komunikasi dalam iklan ini.
FUNGSI
MENGHIBUR
Dalam
menjalani kehidupan, hiburan diperlukan untuk memudahkan penyampaian dan
penerimaan maklumat. Oleh itu, ahli pengkaji komunikasi menjadikan fungsi
menghibur sebagai fungsi komunikasi. Fungsi menghibur sangat mudah dilihat
disekeliling kita. Contoh fungsi menghibur ialah wayang gambar, rancangan
hiburan, komik dan lukisan kartun. Pada umumnya, keberkesanan fungsi ini boleh
diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan,
tayangan wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Jika seseorang itu
merasa terhibur, boleh dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya.
Berbeza dengan fungsi komunikasi
yang lain, fungsi menghibur ini terlalu umum sifatnya kerana ia tidak mempunyai
kriteria khusus untuk menentukan kejayaannya. Ini disebabkan kriteria
“terhibur” bukanlah ditentukan oleh penyampai maklumat tetapi lebih ditentukan
oleh penerima maklumat itu sendiri. Jika dalam fungsi mendidik, kejayaan
pendidik boleh diketahui dengan jelas apabila penerima maklumat faham tentang
apa yang disampaikan oleh pendidik. Tetapi kejayaan fungsi menghibur sukar
diukur oleh sumber maklumat kerana hanya penerima maklumat itu sendiri yang
dapat menentukannya. Pihak sumber mungkin dapat mengetahui kejayaannya dengan
bilangan nashkah majalah hiburannya yang terjual, atau berapa ramai penonton
yang menonton sesuatu rancangan hiburan.
Oleh kerana fungsi hiburan ini amat
digemari ramai, maka telah ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, pemberitahuan,
dan pembujukan melaluinya. Misalnya, melalui drama akan diselitkan unsur
perpaduan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya kita bertolak ansur
sesama kita untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Begitu juga
melalui nyanyian dikir barat telah cuba diselitkan penerangan tentang keindahan
sesuatu tempat untuk dilawati oleh pelancong. Selain itu, pihak yang membuat
iklan cuba membujuk orang ramai membeli krim pencuci muka dengan membayar
penyanyi terkenal untuk memperkenalkan
produk tersebut.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, komunikasi
memiliki beberapa fungsi iaitu yang pertama, untuk memberitahu atau menyampaikan.
Dalam hal ini komunikasi berfungsi sebagai pemberi dan penyampaian maklumat antara
satu pihak ke pihak lain. Fungsi kedua ialah untuk mendidik. Dalam hal ini
komunikasi dapat juga berfungsi untuk mendidik masyarakat, contohnya komunikasi
antara guru dan murid. Fungsi seterusnya ialah untuk menghibur. Komunikasi juga
dapat berfungsi sebagai penghibur. Sebagai contoh, filem yang ditayangkan di
televisyen dan panggung wayang. Fungsi yang terakhir ialah untuk
membujuk. Komunikasi juga berfungsi untuk mempengaruhi masyarakat atau
individu, contohnya komunikasi politik atau iklan politik. .
Setelah
mengkaji fungsi-fungsi komunikasi,
bolehlah dikatakan bahawa sebenarnya sesuatu proses komunikasi itu
tidaklah hanya tertumpu untuk menjalankan satu fungsi semata-mata. Lazimnya
sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi yang
digabungkan untuk menghasilkan satu kesan komunikasi yang lebih besar. Sebagai
contoh, untuk menarik perhatian penerima, fungsi komunikasi seperti fungsi
memberitahu dan fungsi komunikasi mendidik akan digabungkan dengan fungsi yang
lebih menarik perhatian penerima seperti fungsi komunikasi menghibur
Justeru
itu, kita mestilah bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi
yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalam perancangan strategi
komunikasi yang akan dilaksanakan.