Assalamualaikum~~
Segala puji bagi
Allah yang menciptakan ruang dan peluang untuk saya menulis di sini. Alhamdulillah
dah dua minggu saya mengenakan tudung labuh. Semoga perubahan ni berterusan dan
saya tetap istiqomah. Amin~~
Tapi di dalam
meniti perubahan yang ketara ni, banyak dugaan yang menimpa. Dugaan ni dah pun
saya nampak sebelum mengenakan tudung labuh. Rakan-rakan di sekeliling saya
ramai dah yang kena cemuh dan kutuk kononnya pakai tudung labuh hanya sekadar
untuk menutup sikap buruk, berpura-pura, belagak alim dan sebagainya. Sejujurnya,
saya akui memang ada manusia yang seperti ini tapi BUKAN SEMUA. Di ulangi BUKAN
SEMUA. Lalu tohmahan-tohmahan sebegini mewujudkan rasa hampa, kecewa dan rendah diri yang teramat sangat kepada kami. Apa salah kami?
Saudari,
Wajibnya kita melabuhkan tudung adalah berdasarkan firman Allah, "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melebarkan jilbabnya."
[Al Ahzab: 56]
Jadi adakah salah kami jika kami hanya menjalankan tuntutan Allah? Bukan kami minta untuk dipuji meninggi, bukan kami minta dihargai, kami hanya ingin menjaga diri, menutup apa yuang seharusnya ditutup. Ya, kami memang ada melakukan salah dan khilaf, tegurlah kami, kerana kami tak sempurna. Kami bukan USTAZAH seperti yang saudari dan saudara gelar dengan sebutan yang sinis. Kami hanya manusia biasa, bukan seorang pendidik yang perlu digelar Ustazah. Memang ilmu agama kami tidak sesempurna mana, saya bukan penghafaz al-Quran dan Hadith, saya bukan alim ulama, saya hanya wanita yang ingin menjadi seperti seorang wanita yang telah ditetapkan oleh Allah.
Jika saya marah, jangan kata saya tak layak pakai tudung labuh kerana saya tak mampu tahan sabar.
Jika saya bergembira, jangan kata saya tak layak bertudung labuh kerana tak sentiasa berdiam mengingati Allah,
saya hanya manusia seperti anda,
jangan memandang saya seolah-olah bertudung labuh ini hina~~
saya tak sekuat mana untuk menepis hinaan saudara, saudari~~
sahabat saya berpesan : "Jangan peduli apa kata orang, peduli apa balasan Allah, tetaplah Istiqomah"
Ya Allah kuatkan hati ku~~ :)